بسم الله الرحمن الرحيم
Tukarkan kepada sesuatu yang lebih baik~!!
Di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama koloninya yaang melekat kukuh pada sebiji batu yang besar. Makanan mudah didapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram..
Suatu hari, arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut
Sepasang tiram tidak sempat menutup cangkerang mereka, dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalamnya. mereka cuba meludah-ludah pasir tersebut, tapi tidak berjaya.
Mereka cuba mengangakan cangkerangluas-luas agar pasir dapat dikeluarkan.. namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir termasuk ke dalam cangkerang.
Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tiram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya:
jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita tukarkannya kepada ssesuatu yang lebih baik??
Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan. setelah bertahun-tahun butiran pasir di dalam sepasang cangkerang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga. warnanya putih bercahaya. itulah dia sebutir MUTIARA yang asalnya hanya butiran pasir..
pengajaran: jika tiram mampu mengubah butiran pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebagai khalifah, apa agaknya yang manusia mampu lakukan????
info: solusi
{ 6 Comments... read them below or add one }
terlalu byk kebaikan yg mampu kita lakukan..nk dgn tidak je..kan?=)
September 27, 2011 at 9:24 PM
pergh terbaik.apa yang aku mampu lakukan?apa yang aku boleh sumbangkan pada diri,keluarga,msyarakat,agama,bangsa dan negara?apa?
September 28, 2011 at 12:04 AM
kejarlah aset dunia seolah2 kita akan hidup seribu tahun..
kejarlah aset akhirat seolah2 kita akan mati esok hari..
p/s - kalo kita x pernah rasa sakit, kita xkan tahu nikmat sihat..slmt beramal..
September 28, 2011 at 2:20 AM
Hidup Hanya Sekali!!!
Hargailah Sepenuhnya...
Sama Ada Nak Jadi Cengkerang Ataupun Mutiara...
Kita Pilih Jalan Hidup Kita...
Good Luck
September 28, 2011 at 7:29 PM
tersentuh bca naik bulu roma semua huhuh..
September 29, 2011 at 12:56 AM
sifat tiram yg istiqamah itu dan sabar telah menghasilkan sesuatu yg bernilai..namun ak manusia yg kesedaran salu dtgnya seketika hanya mampu berharap..
September 29, 2011 at 7:10 AM
Post a Comment