Kasihnya Ibu berkorban nyawa

on Wednesday, September 28, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم




Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.


Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, 
"Ada bayi di sini!!!"

Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip 
SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU


Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh
SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU


Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...






infO: facebook




Ranking: 5

{ 7 Comments... read them below or add one }

Hasrilazmil said...

syahdunya rasa lepas baca entry ni.. :(
berbaktilah kpd ibu bapa kita selagi mereka masih ada..sesungguhnya syurga terletak di bwh telapak kaki ibu kita..kasihnya tiada tandingan..

mak..adk sayangkn mak..


September 28, 2011 at 5:13 PM
org muo said...

siapakah org pertama yg kita sayangi...ibu ibu ibu


September 28, 2011 at 9:39 PM
Unknown said...

pengorbanan seorang ibu hingga akhir hayatnya...


September 28, 2011 at 10:21 PM
SYARIFF HAIKAL said...

kasih ibu itu tiada bandingan nya pada ku..sad story...


September 29, 2011 at 7:04 AM
Cikgu Jaja™ said...

Rell: ohh..mak hang dok panggil hang 'adik' ka.. ermm mak sure sayang adik..kalau x mak xmau bayaq mr swift tu.. :p


September 29, 2011 at 2:47 PM
Cikgu Jaja™ said...

@orang muO: benar.. Nabi saw pon mengutamakan IBU dengan 3 kali sebutan sebelum disebutnya BAPA.. :)

@khairil: betul..sampai akhir hayat..

@syariff haikal: betul..xkan ada tandingan..xkan mampu dibayar.. :)


September 29, 2011 at 2:50 PM
Hasrilazmil said...

my mom : thanx for saving my bestfren ever for this 2 years..mr.suwif ;p

eja : akan ku bls jasa ibuku slagi aku mampu..thanx post entry ni, ia membuatkn aku bertmbah2 syg kt mak aku


September 30, 2011 at 12:27 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO