بسم الله الرحمن الرحيم
Salam and hye fellow friends
mahu berkongsi sesuatu. ada beberapa peringkat maksiat:
peringkat pertama buat maksiat, hati resah gelisah. hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah. terasa wajah dan air muka diconteng arang. alhamdulillah.
peringkat kedua terlibat, terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu. terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya
peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. terasa alah bisa tegal biasa. sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. MasyaAllah
peringkat akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Na'uzubillah
sebelum sampai kepada peringkat kedua dan seterusnya, jadikan resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus. moga taat mengambil alih tempat maksiat.
friends, life is tOo short. kenapa desperate sangat nak bermaksiat di sana sini. haishh.risau aku. fikirkan azab kelak..fikirkan nasib di alam kubur pon sudah cukup.. jangan nak kata mati kubur lain-lain.. yang takde kena mengena pon akan disoal nanti..
info:solusi
{ 5 Comments... read them below or add one }
nauzubillah...janganlah tieha tergolong dalam kalangan2 tu...
September 24, 2011 at 10:04 AM
Janganlah kita mendekati maksiat...
September 24, 2011 at 10:27 AM
semoga kita tak tergolong dalam peringkat maksiat yang dasyat tuuu.kalau blh peringakt 1st pun tanak,jom bermujahadah melawan perkara2 maksiat :D
September 26, 2011 at 9:00 PM
huhu semoga kita dilindungi dr melakukan maksiat kpd Allah
September 26, 2011 at 9:09 PM
jgnlah kmu menmbh koleksi dosa anda...
September 27, 2011 at 12:21 AM
Post a Comment