kisah kucing yang tak patut berlaku

on Sunday, September 11, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye semua


kucing memang comel.aku tak nafikan. banyak kucing boleh rapat dengan manusia, tidur bersama, makan bersama, mandi bersama..err..lebih kurang lah. disebabkan tingkah lakunya yang manja dan pandai mengambil hati, tunjuk patuh dan pandaiii pulak kan.. kucing selalu mendapat tempat dalam hati manusia. cuba kalau aku yang manja-manja kucing, pasti korang menyampah..hihi.

it seems so weird, but that's the fact. kalau rimau mana boleh buat macam tu, ye dak? exclude kes bela rimau sarkis. kucing memang mesra alam.selagi kita mahu menggeletek bahagian lehernya selagi itulah ia akan rasa dihargai dan claim kita sebagai tuannya. :p 

sebagai umat Islam, kita disuruh saling sayang meyayangi sesama makhluk. kena sayang binatang, tumbuh tumbuhan dan sudah tentu manusia. okay, everyone knows that. plus pada zaman Rasulullah SAW pun, ada seorang sahabat digelar Abu Hurairah yang bermaksud bapa kepada anak kucing..Nabi SAW yg menggelarkannya. sebab Abu Hurairah nie suka dan sayangkan kucing. 

teringat masa sekola dulu ada sorang ustaz cerita, Nabi SAW sendiri ada membela seekor kucing, namanya mueeza. pernah pada satu hari, Nabi SAW nak mengambil jubahnya, dilihat mueeza sedang nyenyak laaa tidur di atas jubah Nabi SAW. know what, Nabi SAW gunting bahagian lengan yang ditiduri mueeza sebab tak mahu mengganggu tidur si mueeza kucing kesayangannya.. Nabi SAW berpesan, hendaklah kita menjaga dan menyayangi kucing selayaknya ia sebagai ahli keluarga.. Subhanallah. mulianya Nabi kita... kalaulah aku..tak terfikir langsung nak gunting baju sendiri, aku cari baju lain. :p

di rumah aku pon ada seekor kucing. si belang. buat teman sepermainan..petang-petang xde kerja boleh lah usik-usik ia. comel lah jugak. ada warna bulu yang nice dan lembut, ada babat tebal di perut.memang geram je tengok, rasa nak gomol selalu..haha. disebabkan si belang ni memang diajar duduk dalam sangkar, so mkn B.O dia kat dlm sangkar. syukur punya kucing yang patuh dengan rutin. :)

okay, habis cerita mengenai kucing. sekarang nak cerita mengenai penjagaan kucing. kalau sekadar pandai membelai kucing tapi tak tahu nak menjaga makan minum serta kebersihan dengan baik, tak guna tahu takkkkkkk~!!! >.<" 

cuba ekau bayangkan, kalau lah kucing tu B.O(buang air besar) atau kencing sepah-sepah, pastu terkena kat pakaian solat, kat tempat nak solat, macam manaaa????!!!~~ adehh..aku pening bila masuk rumah seseorang yang penuh dengan wangian B.O kucing.. pleaselah.. kebersihan itu yang utama. taknak masuk rumah dia karang, kata tak sudi pulak..nak tutup hidung karang terasa pulak tuan punya kucing.  pastu bila tuan rumah hidang makanan esp yang ada ikan, dahh kucing2 kesayangannya tu melompat lompat atas hidangan. haish

tak tau dah nak explain macam mana lagi..betapa peningnya aku mengahadapi keadaan begitu. kepada pencinta-pecinta kucing sekalian, tolonglahh..keadaan itu tak sepatutnya berlaku. simpanlah sekejap dalam bilik kalau takde sangkar, bersihkanlah dulu rumah tu sebelum menjemput tetamu datang, bau-bauan najis memang sangat annoying dan menjengkelkan. uhhhhhh..hancing sungguh la.. T__T kalau dapat, tolong ajari kucing anda dengan nilai-nilai murni dan berakhlak mengikut sunnah NAbi SAW. 

aku bukan mahu mencari salah sesiapa, cuma ingin men'express' betapa cuainya kita dalam menyayangi kucing sehingga terlupa menjaga kebersihan. grrr~!!






pssttt..baru aku faham kenapa mak aku yg cool tu menjerit jugak bila ada kucing asing masuk rumah. haha


Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

tzmlt said...

sya teramat skakn kucing..:) tp kalo nk bela kucing ni kna la pndai jga..sya ada 7ekor kucing skang trmsuk yg bru, kcik lagi..:)


September 11, 2011 at 5:52 PM
nazirulhazwan~ said...

kucing saye toilet train,hehe
die reti berak kat toilet, bagustak tuan die.hehe


September 11, 2011 at 7:39 PM
kizmyself said...

nasib baik kucing saya tahu tempat yang betul untuk tunaikan hajat..huhu


September 11, 2011 at 8:22 PM
Hasrilazmil said...

kalo cikgu jaja manja mcm kucing dh tentu sy amik bela dia :D


September 12, 2011 at 9:36 PM
Cikgu Jaja™ said...

@tzmlt: wahh..banyaknya..xpela kamu panda jaga. chaiyokk~ besar pahala tu :)

@naz:kehkeh.bagus2..ekau train la ia jd engineer mcm ekau tu jang.. :p

@kizmyself: bagus..mcm tu la..kalau diajar kucing tu mmg tahu..:)

@rell: heheheheh~ pangggg..sakit x?


September 14, 2011 at 7:23 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO