Tinggalkan rukun solat

on Friday, September 9, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


salam and hye semua my sayangs 

ini kisah bulan syawal..masa cuti hari raya :)

sejuk mata memandang anak buahku seorang nie.. dipanggil 'kakak'. dah pandai solat dah dia. hehe (dalam keadaan tidak beribu dan mempunyai abah yang busy kerja, kakak nmpak kuat dan independence. pandai jugak jaga adik2.. we love you kakak. sat g cik ja call ok) semoga ibumu di barzakh sana turut tersenyum untuk kamu,kakak.. (akak ipar i meninggal dunia kerana cancer)

aku perhatikan dia dari belakang. ada sesuatu kelihatan 'tak kena'. kakak tertinggal rukun solat semasa solat berjemaah.. aku biarkn sehingga dia usai solat..budak baru darjah dua..tengah bersemangat belajar solat. kang aku terjah taknak solat terus dia.. kena slow slow.

kakak terlambat sikit masuk jadi makmum dalam solat berjemaah. imam dah abes baca surah,kakak masih terus terkumat kamit mulut. khusyuk betul. imam sudah rukuk dan iktidal, kakak masih stay menghabiskan bacaannya.

imam mula sujud, barulah kakak mahu mula rukuk dan iktidal. aku senyum jer..heh. ermm pandai dah dia solat..nantilah baru explain kesalahannya selepas habis solat.

"kakak, sini jab" panggilku

"ya cik ja..sat sat" sahutnya dalam loghat kedah.hihi

"kakak, rukun solat ape dia?"

"pediaa..baca fatihah..tongeng..sujud.. " (dia sebut rukuk tu 'tonggeng' kehkeh)

"wahhh..pandaiii..tapi kakak tahu x yang kakak dah tertinggal rukun semayang tadi..."

"ya ka..ehh dak aih cik ja..semua kakak buat kuttt.."

conversation tak dapat diteruskan. sekarang nie aku cerita dalam bentuk ayat penyata jer okeh. kehkeh. sebab xingat dah perbualan yang sebenar..so kesimpulannya seperti di bawah ni..

aku explain kat kakak..solat berjemaah ni maknanya solat ikut imam..ikut pergerakan imam. once makmum mendahului imam maka batallah solat dia. same goes to this case, makmum x boleh melambatkan dari mengikut pergerakan imam sehingga 2 rukun solat

misalnya sewaktu imam rukuk, makmum hendaklah ikut rukuk bersama. tak kiralah makmum dah settle lagi baca al fatihah atau tidak. so, kalau imam dah sujud yang kedua, tetapi makmum masih lagi tak selesai membaca surah al fatihah atau surah lazim, solat si makmum tadi jadi batal.. so si makmum tadi wajib mengerjakan semula solatnya itu. 

Rasulullah SAW ada mengingatkan, orang yang melambat-lambatkan pergerakan dalam solat atau tidak mengikut imam sedangkan dia sedang solat berjemaah, dia seperti himar atau keldai..

(banyak perumpamaan arab disertakan dengan haiwan keldai/himar ini..kenapa ek??)

okay back to the topic, so..kalaulah terjadi keadaan seperti ini, iaitu imam sudah masuk sujud kedua, maka si makmum hendaklah segera mengikut imam tanpa perlu menghabiskan bacaan surah al fatihah walaupun surah itu adalah rukun solat..  

later, bila imam dh selelsai memberi salam, si makmum tadi hendaklah bangun semula menunaikan(menambah) satu lagi rakaat yang xsempat dikerjakan rukuk tadi, tujuannya adalah untuk mencukupkan/ melengkapkan bilangan rakaat solat. kes ini disebut makmum yang MASBUK. 

okay. done :)


pssstt..semoga nur aina safiyyah menjadi anak yg solehah :)

pssstt.. wah dah 1001 followers. binary yang chantek!!~~~ 
thanks sayangs.. terharu sangat2 nie. aku doakan kalian terus terusan mengecapi kejayaan, kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan.. semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan redhoNYA.. amin aminn... :) again, thanks! kerana sudi support blog picisan ini. sayang kamOoo.. muahh : -* (errr..agak2 kalau aku buat fb's fan "cikgu jaja the lagend" ade yang nak like x?? :p )

Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

Hasrilazmil said...

'kakak' ni kakak kpd shifaa ke? yg duk aloq staq sana tu?

p/s : cik jaja the legend menda..u blom capai tahap optimum lg..eheh


September 10, 2011 at 3:02 AM
Cikgu Jaja™ said...

rill: ha a..kakak kpd syifa :) hoh! xboleh boh nama the lagend lg ker..okay T__T boh nama the fabulous cik jaja boleh x.hihi


September 10, 2011 at 4:45 AM
Hasrilazmil said...

fabulous lebih sesuai..gorgeous pon boleh jgk kot hahahaha


September 10, 2011 at 8:59 PM
Unknown said...

sejuk hati tgk anak2 kecil sembahyang..err..dia umur berapa tahun?...


September 10, 2011 at 10:18 PM
Hasrilazmil said...

khairil : rasanya dlm entry tu ckgu jaja ada ckp 'kakak' darjah 2


September 11, 2011 at 2:34 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO