Tsunami nak serang~!!!

on Sunday, March 13, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum and hye everyone


mOde: tOtally tired
(terasa tulang belulang seakan diretak-retak!)


Semalam lebih kurang sepuluh minit sebelum jam 6 petang, aku dan rakan2 dikejutkan dengan khabar angin: TSUNAMI nak serang!!!! hoh? hoh? (aksi terpinga2) blur. detik di hati, Allah. aku dah nak mati ker?? ku jeling sekeliling, semua tampak cemas. ada yang terus menangis, sampai merah hidungnya. Ada yang terus terusan membuat panggilan kepada mak, ayah serta pakwe dan makwe masing-masing. hoh?? (terpinga lagi.totally blank. got nothing to do. kotak fikiran dirasa kosong. dalam hati nama Allah saja yang terbit) ada juga aku terbayang bayang suasana yang bergempita..manusia lari bertempiaran dalm gelap. seperti ada munculnya lohor hitam di tengah lautan, berpusar pusar laju mengejar nyawa di daratan..err apa punya imaginasi!.tolong abaikan:p


aku duduk diam diam. buang pandangan jauh-jauh ke lautan sana..berderu bunyi angin.. Ombak tak tinggi, namun jelas dilihat hempasannya di gigi pantai.. tenang saja. sekali sekala burung berterbangan secara berkelompok, bising sekejap. (eh, betul kah tsunami nak datang ni?? aku terpinga2 lagi) aku lihat jam di tangan. hurm, lagi 2 minit nak pukul 6, mane tsunami ni, belum nampak lagi tanda2 air akan surut. resort ini adalah teluk, takkan boleh terkena..tp kuasa Tuhan, siapa yang tahu suasana masih dalam keadaan yang sama. aku cari fOn, erm..ter'Off' pulak..takde batteri la ni. On sekejap, mak oiii. ada 23 missed calls. sape laa yang call manyak2 nie. hurm..mak ada buat call, sepupu, abg2 dan kawan2.. eh kenapa ramai2 pakat call aku ni?? kan aku dah explain, kat kem ni takde line.. 

taklimat kecemasan di adakan. Ketua komandan membuat sedikit pengumuman. kami disuruh bertenang.. minum kOpi dulu. hoh? (terpinga lagi. hurm..tak ada apa kot..) walaubagaimanapun, kami tetap diarahkan berkemas..sebagai langkah berjaga-jaga.. sehinga lewat malam, aktiviti kem dilancarkan seperti biasa. 

sehingga terjaga sebelum subuh keesokan harinya, celik2 saja aku bingkas bangun melihat sekeliling. mane laa tahu terjumpa mayat sendiri. erm..nampaknya aku masih duduk di dalam surau (tido dalam surau sebab khemah roboh dihentam ribut malam semalam) hoh, terrible. Alhamdulilah..harini, semuanya okay sehat walafiat masih terus diberikan kesempatan hidup OlehNya..Alhamdulillah alhamdulillah..Tuhan perkenankan doa kami dari ditimpa bala tsunami.. T__T

sekarang..masing2 dah selamat tiba di rumah..hurm..jauh juga perjalanan dari mersing ke JB. Alhamdulillah alhamdulillah.. camping itu kami lalui dengan baik..walaupun cuaca selalu kejap kejap seram, kami okay jer jika ini dugaan Tuhan..enjoy je camping.. belajar berkhemah, berenang, menyelamat, mengembara etc.. takde hal lah~!! (^_^)" setakat beraktiviti kena hujan, paling2 pon kena demam.. kawasan teluk yang nice dan damai memang sesuai sangat dengan kehadiran si jiwa kacau :p

Meh layan se'snap' dua kenangan program BINA INSAN GURU di TELOK GERIK, MERSING selama 4 hari 3 malam yang sempat i rakamkan.let the pictures do the talk! :)

   

    
    
    
  
  
 

 ****************

sepanjang ber'camping', momen yang paling dahsyat sekali semasa ribut bertandang..masing-masing nampak serabut nak menyelamat barang yang sudah basah di dalam khemah yang roboh! dengan angin kuat, hujan lebat, Tuhan je tahu apa yang kami rasa.. malam tu kami tido dalam kesejukannn.. kebasahannnn, syukur masih ada surau untuk berteduh..kasihan pula dengan para ar rijaal..terpaksa menadah hujan dan angin sejuk di luar :( nak buek camno eh jang..ekau lebih kuat..gagah! sorry yer :)

Anyhow..aku happy plus syukur sangat2 sebab masih sihat walafiat. segala macam rasa ketika bercamping aku layankan jer. lepas ni nak grab je peluang sebegini jika ada! :)



pssstt.. aku dah pandai berenanggggg! (^_^)" kamu? 

Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

tengku ashran said...

hye.jom join bloglist Ash ^_^


March 13, 2011 at 9:28 PM
Unknown said...

alhamdulillah syukur pae n lain2 slmt...jaga diri leklok pae...;)


March 15, 2011 at 8:04 AM
ong ong kedek kedek said...

petua nak bagi khemah tak terbang waktu ribut:

baring je dalam khemah tu, berat badan anda boleh halang khemah dari terbang, cuma basah la sikit coz banjir dalam khemah kah3... (aku penah buat dulu mcm tu, sumpah tak terbang, tapi kena la tido dalam air, tapi kalo dah ngantuk lelap je, banjir pon banjir laaaa)


March 15, 2011 at 9:26 AM
Mr.Superman said...

teluk gorek,mersing.. :) abg pnh prg gk.best.


March 19, 2011 at 11:25 AM
Putri Sayang Kamu (PSK) said...

ee bestnyee . tapi tu lah . nampak macam bahaya plak .


March 19, 2011 at 9:54 PM
ghost said...

layan gambar pun dah cukup cikgu faezah...hihi


March 20, 2011 at 7:06 AM
Cikgu Jaja™ said...

@asy
ok~ :)

@kak tiniey
ok syukran kak.. :)

@nizam
ekau sebenarnya nk perli akak kn nizammm. grr~ :p

@abg stalker
yeke..syok ekn? lenkali leh ghi lg :)

@atiey
ha a..agak bahaya sebenrny plus cuaca yg xmenentu..tp mmg best kt sana :)

@ghost
hehe~ layannn :)


March 20, 2011 at 9:19 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO