Salam...
mOde: mencari damai~
Apa itu nafsu?? Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinlah terkumpulnya sifat2 tercela, lalai dan sentiasa mendOrong diri manusia ke arah kejahatan..
Siapa pula musuh? musuh itu adalah hawa nafsu kite sendiri..susah benar kiranya mahu melawan nafsu. ade 2 sebab hal ini berlaku: yang pertama adalah kejahilan, banyak manusia yang masih jahil, jiwanya kOsong.akalnya mati.ruh dan jasmaninya masih belum tersuluh hidayah. justeru kejahatan hawa nafsu langsung tidak diektahui apatah lagi mahu diperangi. yang kedua: bersikap eskapisme yakni cuba lari dari kenyataan. sudah tahu nafsu itu jahat, tidak mahu menghadapinya. sedar bahawa menentang nafsu bererti menentang diri sendiri (absolutely nafsu berada dalam diri manusia sendiri) yang pastinya ia amat memedihkan jika ditentang! lantas rela menyalahkan Orang lain daripada bangun memeranginya. eg: sudah tahu akibat addicted dengan fesbuk atau berbellog, ekau semakin kerap lOg in log out ya..sampai hangit nasi di dapur. err
Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah, hasad dengki, amarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut, bermegah2, suka cakap banyak yang mana menjadi kesukaan manusia.. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. nafsu ibarat generatOr untuk kejahatan dalam tubuh badan manusia..walaupun nafsu itu merOsakkan, tetapi ia sangat dicintai! benarlah Orang kata cinta itu buta..bila nafsu dicinta manusia, maka yang jahat tampak baik.. seperti cinta kepada kekasih..apa rasanya??
Imam Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda liar.. Jika tidak dididik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan.
Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul..ia bOleh membawa kepada kebaikan..
DorOngan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan Oleh Allah dalam firmannya. Antaranya ialah nafsu mutmainnah yang sifatnya tenang dan bebas daripada ganguan kejahatan. Maksud firman Allah swt:
"Hai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan"
(Al fajr:27-28)
Adakalanya nafsu belum stabil, kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namunapabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalannya. Nafsu ini dinamakan nafsu Lawwamah. firman Alah yang bermaksud:
"Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan"
(Al Qiayamah:2)
Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammaarah biss su' - yakni nafsu yang tunduk 100% kepada kehendak syahwat dan syaitan. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan aku tidak akan membiarkan nafsuku keranan Nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan"
(Yusuf:53)
Akhir kalam, bagaimana nafsu anda dalam berblOg?? jangan sampai sebuk berblOg, dh akhir2 waktu baru nak sOlat..once u addicted tu bermaksud nafsu dah tak centre. suka berblOg mcm mana pn kena kawal oke? utamakan yang utama. calos~!!
psssttt..berinternet tu nafsu jugakah??? aahhh..cinta sama ini tenettt.. untuk fenOmena giler ber'pakwe'kan tenet nie..well i think so~!!
infO: solusi
{ 12 Comments... read them below or add one }
menarik n3 ni. saya suka.
March 5, 2011 at 6:41 PM
berpakwekan internet? abis kambing nak dibuang mana?
March 5, 2011 at 8:57 PM
so,kawal nafsu..huhu
March 5, 2011 at 9:14 PM
iblis itu berjalan pada anak Adam melalui darahnya..maka sekatlah dia dengan lapar...
nafsu itu bernyawa...
March 6, 2011 at 2:22 PM
@kakchik@ella
tq kakchik~ :)
@nizam
kambing nnt akak semelih!bg anak yatim mkn :)
@rush D
ya..kawal nafsu..imbangi akal..beri jiwa kekuatan :)
@ghost writer
benar, tidak sedetik pon iblis membiarkan anak adam kembali kepada kebenaran..
March 6, 2011 at 10:29 PM
salam,.nice entry,..hehe,.
ber"pakwe"kan intrnet mmg sgt bernafsu,.klu x,xde nyer kite nk berblog bagai,.tp bnde tu ikut kmampuan nfsu msing2,.kawal dri pnting sblm trjadi pape yg merugikan,kn?,.skdar bg pndgan,.hehe
March 6, 2011 at 11:53 PM
gua bermakwe kan 'maxis' he3
March 7, 2011 at 11:05 PM
nafsu...haish...susah ye nak kawal nafsu tu,,,
March 8, 2011 at 10:48 PM
Salam....
Nice entry...nafsu blh mnjd hamba ataupun raja...terpulang kpd kita untk memilihnya...
March 8, 2011 at 11:24 PM
menahan menahan
March 11, 2011 at 1:57 PM
@hadi
wsalam hadi~ ya benar..the desicion of choice is always back to ourselves.. ;)
@radiome
tahan la radiome..jom same2 tahan menahannnn :p
March 12, 2011 at 8:54 PM
oh nafsu makan. :)
March 27, 2011 at 2:33 PM
Post a Comment