mOde: bingung bengang bunguk (astaghfirullah...!)
HOi lelaki itu..
manis bicara, indah bahasa.. ramai lelaki begitu. kadang2 perempuan itu suka mendengar butir bicaranya yang mencengkam jiwa. tapi kan, perempuan itu jadi mual tau bila terasa kemOlekan bahasanya bukan telus lahir dari hati. hanya sekadar kata-kata..ntah la. mungkin hanya untuk mengambil hati. perempuan itu membiarkan..perempuan itu jadi malas memikirkan.
perempuan itu tahu, tak semua lelaki begitu. suka menabur janji setinggi angkasa..seindah bintang..mungkin ianya bukan palsu, tetapi janjinya itu yang belum pasti dapat ditunaikan..saban hari perempuan itu titipkan dOa untuk lelaki itu dan dirinya yang terasa malang..agar dia sentiasa tenang..tidak gusar..sabar..
sesak dada perempuan itu bila mula memikirkan sOal hati dan perasaan. diakah mangsa cinta?? ah cinta sesama manusia memang menyakitkan. bila pelita sudah kehabisan minyaknya, maka terpadamlah apinya..perlahan-lahan cahaya semakin kelam..suasana menjadi suram bila cahaya akhirnya tenggelam. begitulah hati perempuan itu..bila hati kecilnya diabaikan, dirinya lantas tidak dipedulikan..adakah dirinya hanya sekadar layak mendapat title sebagai teman istimewa??? tanpa diselami jiwanya. tanpa diubati rindunya..ah! bunguknya dirasa!
perempuan itu keliru..masih cintakah lelaki kepadanya? masih sayangkah lelaki kepadanya? sedikit sedikit hati perempuan itu dikunjung rasa jemu..buhsan tak tahu nak terangkan bagaimana. doa sahaja pengubat jiwa..selalu perempuan itu mengharapkan sesuatu..mungkin juga mengharapkan keajaiban. mudah-mudahan hatinya tidak terus lara..
perempuan itu tidak menagih simpati..cuma mengharapkan secebis kasih dan perhatian. percayalah wahai lelaki itu.. hati perempuan itu masih setia!
♥ faezahannah ♥
pssstt..aku bingung! please make it happen lah!!!
{ 2 Comments... read them below or add one }
yup saya masih cintkan awak
September 28, 2010 at 12:28 PM
@kodok
erk..
September 29, 2010 at 1:10 PM
Post a Comment