silamat belpuaseee..

on Tuesday, August 10, 2010


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia



yang kurik itu kundi, yang merah itu saga
yang mOlek itu budi, yang indah itu bahasa

selalu dengar mase sekOlah dulu kan??? haa ni lagi satu:

budi bahasa..budaya kita.. -nyanyian datuk siti nurhaliza

dah terang lagi bersuluh, sebagai sebahagian daripada rakyat majmuk berbilang bangsa yang tinggal di dalam negara aman damai lagi makmOr ini..kita haruslah saling berbudi pekerti, berbudi bahasa.. kalau tak reti sangat pOn nak berbudi bahasa, usah lOkek untuk pamerkan secebis senyuman..tak rugi pOn.. senyum dan senyum..senyumlah seikhlas hati. takde siapa nak marah. hanya dengan secangkir senyuman InsyaAllah awet muda. ^^, tak gitu encik kOdok? =P

situasi satu:

Setelah puas menilik dan akhirnya memilih untuk membeli satu barang di sebuah farmasi, aku bergegas ke kaunter.. 

 saya: ermm.. berapa dik??
(ceh, perasan dah tua sangat..hehe)

cashier: ...
(tanpa menjawab pertanyaan aku, beliau menunjuk ke arah paparan angka di mesin pengira. bisukah??)

saya: owh..okey..
beliau mengambil cash dan memulangkan baki..

saya: terima kasih dik.. (aku sambut cash sambil tersenyum penuh ceria)

cashier: ....
(beliau tak buka mulut pOn..haihh)

saya: selamat berpuasa.. =)
(aku usahakan untuk dapatkan walau sedikit respOn yang baik dari beliau.. namun..harapan tinggal harapan..huh~)

cashier: em 
(dengan muka selambanya..buat tak tau je ucapan terima kasih aku! hurmm..manusia..manusia..)

hurmmm...

****************************

Situasi dua:

kira2 sepuluh minit berlalu pergi dari farmasi yang dingin Orang di dalamny, aku datang ke sebuah kedai baju..

saya: hai aunty!! baju mak saye dah siap??

aunty cina: hai! sulah sulah. baju mak you sulah siap! 
(jawabnya bersemangat sambil terbongkok2 mencari baju mak aku)

saya: okey..brapa aunty?

aunty cina: rmXX ho.. mulah sajee..

saya: okey..thank you =)
(jawabku sambil memberinya tunai tanpa baki)

aunty cina: okeh okeh.thank you aaa..
('uik, aku cakap 'thank you, dia cakap 'thank you' jugak..heh~)

aunty cina: besOk you puase kan? silamat belpuaseee..
(kata aunty cina itu dengan ramahnya)

saya: ha a..hehe..terima kasih aunty...heh

tengOk, bagaimana bezanya adab bangsa kita dan bangsa lain..haihh~ (malu laa..) ntah kenapa susah sangat nak diajak beramah mesra..bukannya suruh peluk cium pOn.senyum je..hmm. kalau dengan pasangan berlainan sex boleh pulak tersengeh2, terngendeng ngendeng, terkepit kepit..adehhh~ inilah penyakit warga muda masa kini yang semakin menular..sudah la tidak tahu menjaga adab, ada juga yang berani tidak mahu menjaga maruah diri. sebab tu lah berlakunya 3 kes buang anak macam yang aku bace kat paper tadi. astaghfirullahalazimmmmmmmmmm!!! sudah2 la wahai remaja sekalian..bawa2 lah bertaubat sebelum maut menjemputmu kelak. aku pon pernah berusia belasan tahun, muda remaja seperti kalian..aku faham apa yang sedang engkau fikirkan~ zaman kita tidak jauh jaraknya..aku juga hidup di zaman serba maju canggih berteknOlogi sebegini.. bulan ramadhan bakal menjelang maghrib ini..semoga ramadhan kali ini membuka ruang dan peluang untuk kita lakukan yang terbaik sekurang-kurangnya untuk diri sendiri~ ayuh semarakkan jiwa dengan menghidupkan bulan yang mulia! =)



 faezahannah 


pssssstt..ramadhan datang lagi~ selamat menjalani ibadah puasa untuk semua.. ^^,

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Nabiel said...

hehehe~
Selamat Berpuase yea~


August 10, 2010 at 8:08 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO