Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
mOde: sakit tekak + suara hilang + cOol jer.hoho
sejak dua menjak nie, aku selalu tersengeh sOrang2.. ehe~ terkenangkan ragam anak2 murid yang berbagai.. hati yang sunyi kian terisi..jiwa yang sepi kian happy.. lalala
menurut tajuk entry di atas, alkisahnya seOrang anak murid cOmel ensem dan bijak pandai antara yang lain bernama muhammad afiQ haikal, 8 tahun, sangat2 lah tertOnjol sikapnya yang selalu nak lebih-lebih. semua perkara dia nak lebih..sifat 'cOmpetitive' yang ade dalam dirinya sungguh terserlah! ya. aku yakin haikal memang hebat pada ukuran dirinya yang tidak nOrmal. cikgu bangga dengan awak (^.^")
haikal selalu berkata:
" haikal yang paaling pandai antara semua! "
" haikal yang paaling cepat siap buat kerja dari yang lain! "
" Haikal yang paaling laju mengeja dari yang lain! "
" Haikal yang paaaling cepat mengira dari yang lain! "
" Haikal yang paling cantik mewarna dari yang lain! "
" Haikal yang paling pandai melukis angkasaraya bintang-bintang bulan matahari dan planet! " (masa nie aku suruh mereka melukis angkasaraya)
" Haikal yang paaling sayang cikgu " uik @_@
Di suatu pagi yang hening..masing2 sibuk mewarna. azizi nampak terkOcoh kocoh mewarna. akhirnya kerja mewarna yang aku beri siap.. berikut dialOg antara aku dan azizi
azizi: " cikgu, macam mane nak eja nama cikgu "
si cikgu: "erm..tengOk nie name tag cikgu, F A E Z A H " eja si cikgu satu persatu
azizi: " ohh,jap jap. F A E Z A H. yeay! lovvvvveee..aaaziiiziiiiii.. " (sambil melukis bentuk love dan namany sendiri)
(siap kaler warna pink lagi love tu..haihh..)
si cikgu: " uik, ape tu???? "
azizi: " cikgu..nanti zizi dah besar, zizi nak kawan dengan cikgu bOleh? " (dia tersengeh2 sendiri)
si cikgu: " errrkk @_@ emm boleh..kalau abang azizi nak kawan dengan cikgu pon boleh..haha. dah2 padam tu cepat! hurm..mcm2 ."
azizi: " ala.taknak! Tiba tiba...
Haikal: " cikgu!! haikal pon nak kawan dengan cikgu. lepas tu haikal nak kawen dengan cikgu!! " (sambil menunjukkn kertas mewarnanya kepadaku)
( haikal nampak azizi melukis sebuah hati, haikal pOn bOh la 2 hati..hurmm..mesti nak lebih dari yang lain)
si cikgu: " aaaa..ape tu?? ya Allah..budak..budak.." (si cikgu yang terkejut lalu menepuk dahinya)
all of sudden..
syafiq mencelah:
" cikgu!! tengOk neh!! " jerit syafiQ dengan girangnya sambil melayang2kan kertas di tangannya.
(xsempat siap pOn gagah je nak tunjuk kat aku..adehhh~ )
si cikgu: " aaaa.. ape lagi tu..astaghfirullahal azimmmmmm" @_@ si cikgu kepening peningan kelalat lalatan..adeehh~ si cikgu malas nak layannnnn.. suke hati awak la labu..yang penting ape yang cikgu ajar, awak faham..
*************************
sedang si cikgu khusyuk bermain 'word search', si cikgu di datangi Oleh haikal si bijak pandai.
haikal: " cikgu, bile kita akan menyambut ramadhan? " sebut haikal satu persatu..
si cikgu: " minggu depan haikal.. "
haikal: " minggu depan hari apa? "
si cikgu: " hari rabu haikal.. "
haikal: " haikal taknak puasa lah cikgu, nanti haikal lapar macam dulu.. "
si cikgu: " kalau haikal takut lapar..haikal bersahur la..ok? "
si cikgu menambah:
" kalau haikal puasa kan..haikal dapat pahala leeeebih banyak " ucap si cikgu sambil mendepakan tangan membuat bentuk bulatan yang besarrrr...haha
haikal: " berapa banyak? "
ish..budak nie faham ke..
si cikgu: "kalau kita berpuasa 30 hari di bulan ramadhan..pahala berpuasa lebih 700 kali ganda dari pahala berpuasa di bulan yang lain.." haikal angguk2kan kepalanya..ermm..faham lah tu agaknya..
EsOknya..
haikal: " cikgu, haikal bepuasa hari ni "
si cikgu : " uik! " terkebil2 mata cikgu
si cikgu: " kenapa puasa harini?? " tanya si cikgu yang kepelikan. takkan haikal nak ganti puasa kot
haikal: " haikal nak puasa 38 hari. nanti haikal dapat pahala leeeebih banyak dari yang lain " jawabnya megah
ntah dari mana die belajar menyebut "lebih dari yang lain" aku pOn xtahu..haihh~ by the way..Alhamdulillah. syukurlah..walaupOn mereka tergolong dalam kalangan tidak nOrmal..mereka masih mahu belajar dan belajar..sekurang2nya mereka mampu menguruskan diri sendiri kelak.. ternyata penyakit itu bukan satu sebab mengapa manusia harus mundur tidak mahu terus mencari ilmu..selagi mana kita kita bernafaas di bumi Allah ini..tuntutlah ilmu ape pOn asalkan tidak sOngsang dari landasan syariat..tuntutlah ilmu yang bermanfaat setinggi mana pOn yang engkau mampu..tetapi usah lupa akan tiang agama yang wajib ditunaikan..insyaAllah kelak urusan di alam barzakh akan mudah..urusan di akhirat apetah lagi..okey,sampai sini dulu. -away-
♥ faezahannah ♥
psssssttt... azizi pernah menangis tersedu sedan..sebab i tercubit lengan dia sikit dgn sengaja...hoho.alahai..sensitip lah pulak... =p
{ 6 Comments... read them below or add one }
huh..macam2 karenah la..kelakar la..
hehe..
August 8, 2010 at 5:09 PM
wah, aku suka dapat murid yang macam tu. Bersemangat dalam segala hal..
August 8, 2010 at 5:23 PM
Huhu, budak2 zaman skrg sumer cerdik2~~
August 8, 2010 at 9:12 PM
i love u....
August 9, 2010 at 4:04 PM
tengok tuh..budak 8 taun pon suka kat faezahannah nie...adoiiii...
love you sunshine...good one!!
August 13, 2010 at 4:19 AM
I can not participate now in discussion - there is no free time. I will be released - I will necessarily express the opinion.
October 15, 2010 at 2:06 PM
Post a Comment