Raya dan Kubur

on Sunday, August 29, 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

mOde: pening-pening lalat + selsema
(memang kau tak kesah kan???)


Tinggal lagi beberapa belas hari kita akan meninggalkan ramadhan.. Hari raya bakal menjelma. Selain isu baju raya dan isu pembaziran di hari raya, ada seperkara lagi yang aku nak bebelkan.

raya dan kubur


Bila tiba hari raya, mesti ziarah kubur. satu lagi fenOmena hari raya yang aku lihat sebagai tabiat masyarakat Islam sejak dari dulu sampailah sekarang..rata-rata yang tinggal di kOta akan pulang ke kampung dengan alasan menjenguk pusara ayahanda dan bOnda. mujur masih mahu menjenguk. yang sudah tidak nampak jalan pulang ke kampung tu, ape cerrrr??? 

tapi mengapa bila tiba hari raya sahaja baru hendak menjengah ke kuburan?? okey~mungkin ada banyak excuses..busy bekerja, tak dapat cuti, tak sempat, jauh..terpulanglah kepada kalian..selagi kalian sedar akan asal usul diri dari tanah..dah cukup bagus lah tu..

Allah dah tetapkan yang hari raya adalah hari untuk beraya, hari untuk bergembira, hari kemenangan setelah berjaya melepasi 30 hari menjalani ibadah puasa.. bukan hari yang dikhususkan untuk menziarahi kubur, untuk bersedih-sedih..hari raya adalah hari untuk mengunjungi yang masih hidup..bermaaf-maafan..bukannya bila tiba hari raya baru nak jenguk kubur..bukan memohon maaf kepada yang sudah tiada.ingat tu..

isu kubur yang aku nak kecOhkan nie ialah isu merayakan tanah perkuburan. semalam aku pegi shopping barang dapur dengan my mOm di econsave, then masa aku tengah tunggu turn nak menimbang barang di cashier menimbang, adelah sOrang kakak depan aku nie aku perhatikan, bermacam2 jenis bunga dia borOng.bunga kekwa, ros, daisy..cantik-cantik dan segar-segar belaka. 

pelik juga..nak buat apa dengan bunga yang banyak tu..nak hias rumah dengan bunga fresh.waahhh... Oleh sebab perasaan ingin tahu ni dah meluap-luap, aku pOn beramas mesra la dengan kakak tu

saya: wahh..banyaknya bunga..nak decOrate rumah ke kak..
kakak itu: tak lah dik..nak bawak pegi kubur..
saya: owh..

mungkin kakak tu nak tabOh tabur bunga-bungaan kat kubur kOt..kataku kepada diriku sendiri. tapi untuk ape?? nak mencantekkan kubur?? nak menghias kubur?? nak mewangi-wangikan kubur?? haihh~ 

sesetengah Orang siap bancuh air mawar..kemudian dicampur dengan kelOpak-kelopak bunga, plus hirisan daun padan..fuh memang wangi. bila dilihat kawasan tanah perkuburan di hari raya, dah macam taman bunga..meriahnya!

inilah dia silapnya..tanah perkuburan dan ahli-ahlinya tidak memerlukan semua tu..yang mereka perlukan adalah dOa dan sedekah daripada yang masih hidup ni. aku ingat lagi ustaz kat sekOla dulu bagitau, bila sesOrang dah mati, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang sOleh/solehah..

bagi i, kubur adalah tempat terbaek untuk kita sentiasa memperingati kematian..menginsafi diri..muhasabah diri..bukanlah kubur hanya untuk dijenguk! dan bukanlah jugak bila tiba hari raya je baru nak ziarah kubur..


ringan2kanlah mulut tu memberi sedekah kepada ayah dan mak yang sudah tiada..mudah-mudahan amalan ni sampai kepada mereka..mudah-mudahan jugak, bila kita sudah tiada nanti, anak-anak kita pulak boleh take over amalan nie..selalu sedekahkan alfatihah dan dOa buat kita..insyaAllahu Taala..

dan bila ke kuburan tu..ringan2kanlah tulang membersihkan rumput-rumput..elOkkan kawasan kubur dengan meletak kayu di kiri dan kanan kubur sebagai penghadang..biar tidak dipijak orang..itu lebih baek! tersenyum arwah melihat kebaikan kita..

 faezahannah 



psssssttt..jangan sampai kawasan perkuburan menjadi pesta bunga
Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

Nabiel said...

tak paham kn?
kdg2 owg melayu kte nie, bnda yg pelik2 duk beria nk buat..huhuhu~
tyme raye la baru nk jenguk kubur, baru nk bersihkan dn sbginye laa~.
sme jgak dgn malam jumaat baru nk bace yasin?=)


August 30, 2010 at 2:55 AM
hamzah ian said...

ustaz gua ckp tak digalakkan lawat kubur


August 30, 2010 at 6:05 AM
laGenDA KodOk HijAU said...

ala dia nak buat taman .. bunga kat situ biarlah orang tak takut nak ghi kubur.sebab kubur org islam ni ramai takut masuk sebab penuh lalang..


August 30, 2010 at 10:24 AM
hentakbelipat said...

itu belum bab pegi kubo pakai baju bia jenazah nak tebangun nengok


August 30, 2010 at 10:27 PM
Cikgu Jaja™ said...

@hamzah ian
xdigalakkan camane tu yer?? sebenaqnya harus g kubur..sekadar menziarahi,mendoakan dan menginsafi.. =)


September 16, 2010 at 2:02 AM
Cikgu Jaja™ said...

@kodok
nk g kubur bukan nk tgk pertunjukan bunga2 malaysia cok abg kodok~ tp kalau itu carany nk tarik perhatian org supaya ke kubur dan berbuat baik di sana,tak salah juga~


September 16, 2010 at 2:03 AM
Cikgu Jaja™ said...

@HB
uik. supaya jenazah tgk kita pakai baju blink2 ker..hoho


September 16, 2010 at 2:04 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO