1 kes 1000 cerita

on Saturday, August 28, 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

mOde: dah demam +.+
(ade kau kesah??)

siakap senOhong gelama ikan duri
bercakap bOhong lama lama mencuri

Ntah la..rasanya peribahasa kat atas sangat berkaitan dengan entry kali ni..

Hujung minggu ni, aku berehat dalam kebengangan..kepala terasa berat bila mengingatkan satu kes yang berlaku di kelas pendidikan khas. kali ini, aku nak share satu kisah benarrr...ya,kisah benar. kisah benar yang membuatkan guru besar, guru penolOng kanan termasOklah guru guru lain, cikgu farah, cikgu faezah, cikgu nasrun, cikgu rahman dan cikgu jai dari kelas pendidikan khas menjadi pening!

kekecOhan di kelas pendidikan khas bermula apabila seOrang cikgu cOmey lOtey bernama cikgu Mas mengadu kehilangan telefOn bimbit. semua sebuk mencari dan menggeledah kawasan di dalam dan di luar kelas. spOrt check pun sudah dibuat, sampai habis waktu persekOlahan, telefOn cikgu mas masih tak dijumpai. 

seOrang suspek dalam kalangan murid-murid telah dikenal pasti atas beberapa reasOn yang kukuh. murid itu bernama HaziQ. kami tidak menuduh. sama sekali tidak. malah kami harap kehilangan telefOn tu disebabkan kecuaian.. kami hanya memerhati dan memerhati. sebab kami kenal perangai, attiitude dan sedikit sebanyak jiwa anak-anak murid kami. setiap gerak geri. perilaku dan sebarang perubahan mereka, kami akan perasan..

Haziq oh Haziq

seOrang budak 13 tahun, slOw learner + hyperactive + pesakit jantung

EsOknya, cikgu Jai membuat pengumuman, supaya semua murid pendidikan khas dan guru-gurunya hadir ke musOlla (surau) sekolah untuk membuat sOlat hajat dan membaca yassin. di belakang tabir, cikgu Jai berbisik dengan cikgu cikgu pendidikan khas yang lain, yang tindakannya itu hanya untuk psycho murid-murid, mudah-mudahan haziq dapat mengaku dan pulangkan telefOn yang dicuri dengan cara baik. dalam masa yang sama, untuk mengajar murid-murid cara yang betul bila kes sebegini berlaku, beginilah pendekatan terbaik yang kita bOleh lakukan.

kami perhatikan haziq. tapi, hampehh..dia buat muka selamba yang sangat sangat selamba. dia ikut jOin solat hajat dan membaca yassin dengan selambanya. tapi kan, bila dilihat betul betul, haziq seOlah-olah buat-buat selamba..heh, pandai berlakOn!

selepas solat hajat dan bacaan yassin, satu keajaiban berlaku. haziq lah yang ajaib! sebab dia langsung tak bercakap dan hanya duduk diam di dalam kelas. pelik. biasanya, haziqlah yang paling kecOh, kepoh dan hebOh. melOmpat lompat terkinja terkinja bertumbuk tumbuk tu memang perangai haziq. hari itu, haziq semacam ketakutan..tapi ekpresi wajahnya dibuat buat tenang. 

tiba tiba suasana menjadi gempar, apabila haziq berterus terang mengaku di hadapan cikgu farah bahawa dialah yang mencuri telefOn cikgu mas. kenapa dia memilih cikgu farah untuk membuat pengakuan, masih menjadi tanda tanya. mungkin cikgu farah lebih lembut sikapnya atau lebih rapat dengan haziQ sebelum nie..

Haziq asyik menangis dan terus menangis. ketakutan agaknya lepas buat sOlat hajat dan baca yassin pagi tadi.. ceritanya, dia sengaja mencuri telefOn cikgu Mas sebab dia sukakan cikgu Mas. mahukan gambar-gambar cikgu Mas di dalam tefOn tu..alahai.tOuching sungguh! selepas dicuri, disembunyikannya telefOn cikgu Mas di pOndok orked belakang sekolah. 

cikgu nasrun dan cikgu rahman membawa haziq ke pOndok orked seperti yang dikata. tapi setibanya di sana, haziq mula mengubah cerita. katanya selepas mengambil tefOn cikgu Mas tu, dicampaknya telefOn cikgu mas ke bawah pohon kuini di luar pagar sekolah. cikgu nasrun pun pergila meredah semak samun area pokok kuini tu. tapi telefOn tak jumpa juga!

cikgu rahman tanya lagi: "kat mana haziq sembunyikan telefOn cikgu mas???"

cerita haziq berubah lagi. jawabnya, telefOn mas dibawa pulang..dalam perjalanan pulang, telefOn cikgu mas tiba2 terjatuh dari dalam beg yang terbuka zip lalu hilang.. bila ditanya di mana telefOn cikgu mas jatuh, diwabnya "tak tahu". cikgu rahman dan cikgu nasrun menjadi bengang. cikgu nasrun meninggikan suara: "haziq jangan putar belit cerita!!"

haziq mengubah cerita lagi, telefOn cikgu mas terjatuh di kawasan semak di rumahnya. 

cikgu rahman menjerkah: kat rumah pulak!! jOm balik rumak awak. cari telefOn cikgu mas kat sana!

sampai di rumah haziQ, cikgu nasrun meredah lagi semak samun. tiba2 haziq mengubah cerita lagi, telefOn cikgu mas sudah dicampaknya di dalam kawasan hutan di belakang rumahnya! cikgu nasrun dan cikgu rahman semakin bengang. disuruhnya haziq masuk dalam hutan tu, katanya "tak mahu", menangis-nangis bagai meminta belas kasihan. 

dalam esakannya yang penuh syahdu tu, si haziQ bercerita lagi, telefOn cikgu mas sudah di beri kepada seOrang perempuan. bila ditanya siapa perempuan tu, jawabnya "tak tahu"

cikgu rahman dan cikgu nasrun masih tak berpuas hati. didesaknya haziq supaya bercerita benar,jangan berbOhong. haziq pun bercerita lagi, telefOn itu sudah dijual di sebuah kedai. bila ditanya kat mana kedai tu, katanya "tak ingat". muka cikgu nasrun merah padam menahan geram!

cikgu nasrun dan cikgu rahman mengugut haziQ untuk membawanya ke balai pOlis. haziq bercerita lagi, telefOn cikgu mas sudah diberi kepada seOrang abang kawannya. bila ditanya siapa nama abang kawannya, jawabnya "tak tahu". kedua cikgu tu dah hilang sabar. mahu dihentaknya budak pemutar pembelit tu! mujur iman masih kuat..kena bersabar dan hOrmat bulan puasa..sabar je lah! akhirnya haziq di bawa pulang ke sekOlah. ibu dan ayah haziq dihubungi. 

bila ibu dan ayah haziQ sampai di sekolah, keadaan menjadi lebih buruk. tiba2 haziQ mengaku yang bukan dia yang mencuri telefOn cikgu mas. punyalah banyak cerita dia putar belit. at last die mengaku tidak pernah mencuri! ayah haziq pulak menengking kami cikgu-cikgu pendidikan khas! Allahu Akbar

kata-katanya kasar dan keras, dia mendakwa cikgu-cikgu yang salah sebab menuduh anaknya, memaksa anaknya mengaku, cikgu-cikgu tetap bersalah sebab dah tahu anaknya panjang tangan, disuruhnya kami lebih pandai menjaga barang dan buat lOcker. lupakah dia yang suatu ketika dulu anaknya pernah mencuri wang kelas di dalam locker yang berkunci!!! ish.geram pulak dengan bapak dia nih. tambahnya lagi, cikgu2 bersalah sebab tak pandai mendidik anaknya, cuma dia je yang pandai didik anaknya sendiri. kalau tengOk muka ayah si haziQ yang egO dan sombong tu, memang rasa nak sepak2 je..nasib baik la aku nie perempuan. cikgu pulak tu. sabar je la..

cikgu-cikgu pendidikan khas semua pening dengan kes yang tak settle nih. at last, cikgu mas decide untuk membuat repOrt di balai pOlis. biarlah siasatan dijalankan. cikgu sudah redha kehilangan telefOnnya. dia cuma mahu memberi sedikit pengajaran kepada haziq dan ayahnya..mudah2an mereka diberi hidayah dan kelembutan sikapnya..dengar2 haziq di dalam lock up sekarang..masya Allah..haziq haziq..kes mencuri je tapi 1000 cerita awak ye..yang paling aku tak faham, ape mOtif haziq mereka-reka cerita??? kalau tak mencuri, kenapa mengaku??? aku tau nak cakap ape dah.. kOrang nilailah sendiri..

aku dah pening~ @.@

 faezahannah 


pssssssstt..sakit hati bila terbayangkan penat lelah, jerih payah guru-guru pendidikan khas dalam mendidik anak-anak istimewa.. tapi ramai ibu bapa tak berhati perut asyik menyalahkan kami terhadap takdir anak mereka yang sakit. lembab belajar dan lampi. kebanyakan ibu bapa langsung tidak membantu mengajar anak di rumah. tolonglah! haihh~
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

mohad said...

selamat ber puasa..


August 28, 2010 at 11:02 PM
laksamana said...

orang macam ni baik ajak main meriam buluh cepat sikit mati...kekekke


August 29, 2010 at 11:30 AM
Cikgu Jaja™ said...

@ijad
samat berpuasa juga ijad~


September 16, 2010 at 2:05 AM
Cikgu Jaja™ said...

@laksamana
uik, kesian dia..takpyh ssh2 nk matikan..sbb dia akan mati juga nnt..kn bgus kalau dpt mengubah dirinya ke arah yg lebih sehat~


September 16, 2010 at 2:06 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO