Isu baju raya??

on Saturday, August 28, 2010


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia 

mode: sakit kepala+sakit tekak 
(macam nak demam)


Cikgu faezah dah shopping raye?? "

" berapa pasang baju raya cikgu taun nie??" 

" ape kaler tema baju raya cikgu??? "

untuk semua sOalan2 tu, aku jawab:

" saya dapat gaji lepas raya..=) "

mereka tanya lagik:

" abestu? tak bOleh raya la cikguu.. "

" cikgu nak pinjam duit saya dulu?? kalau tak nanti tak dapat belli baju raya "

Takde baju baru xbOleh beraya??

haihh~ ini laa penyakit masyarakat kita..asalkan nak beraya je MESTI kena ada baju baru..so kalau takde baju baru, tak bOleh raya lahh..hurmm

in fact, bagi kita umat Islam yang ingin menyambut hari raya, kita diharuskan untuk memakai pakaian yang indah2..pakaian yang terbaik kita ada..memakai wangi wangian jugak.tapi janganlah sampai sekampung dapat hidu perfume kauuu..dOsa dah tu. 


ingat tu! 

*************************



hal lain pulak, kalau kita tengOk mak mak zaman sekarang nie,sekali pegi shOpping raya je, abes seribu dua. satu kepala mesti nak  3/4 pasang baju. kurung mOden lain, kurung pahang lain, kurung cOtton labuci2 lain..belum baju untuk suami dan anak2 lagi. Lagi.. tudung fesyen terbaru nak tunjuk kat Ofismate nanti? barang kemas baru nak challenge dengan jiran sebelah umah?? heels baru nak catwalk mase beraya nanti? sandal baru nak bawak balik kampOng? kerOngsang baru pasang kat kebaya?  haihh~kan membazir namanya tu..kalau aku tanya "membazir kawan siape??"  kat anak2 murid aku yang istimewa tu, mereka pOn tau nak jawab:


"kawan syeetaannnnn.."

nasihat aku: berala kadarlah kamu di aidilfitri..beli mana yang patOt..yang mampu. simple2 je sudey~ itu yang penting, Usah menunjuk nunjuk. sebab takde siapa pon yang heran dengan baju kau yang blink2 ala superstar tu. bukannya mereka tahu kau pegi beli kat butik glamOur..harganya mahal ratusan ringgit. padahal pattern dan warna yang sama berlambak kt jalan tar.murah lagi! wahaha

timbang-timbanglah amalan kita di bulan ramadhan dengan baju2 cantik glamOur yang kita beli..padan kah??? sang syetan ketawa terkekek kekek walOpun badannya dibelenggu dengan ikatan. misinya berjaya dalam mendidik jiwa manusia.yeay!

 faezahannah 


psssstt...agak2 pakai baju tahun lepas, Orang perasan tak?? kekeke


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO