kalau bukan kerana si nani merengek nak kerongsang reben polka dot, tak mahunya dia datang ke mari
dari dalam kereta hingga ke bazar raya, si Tipah tak berhenti menasihati adiknya . katanya tudung raya Nani kan cuma satu, kenapa nak cari kerongsang lagi. belajarlah bersyukur dengan apa yang ada, jangan mengikut nafsu sangat! boleh pinjam kerongsang kak Tipah, kerongsang mak pon penuh satu laci. macam ex-bopren kak tipah kata, membeli yang kita perlu, bukan yang kita mahu! ceh
"kak Tipah! kak Tipahh!! tu tu!! nani nampak kerongsang reben polka dot!!"
"emmm.." sambut si Tipah acuh tak acuh
"cepat laaa kak Tipahh..terkedek kedek"
pekik si Nani. excited dia melihat objektifnya yang semakin hampir
"ehhh budak nie. aku cabut gigi kau tu kang.. mengata orang pulak.grr"
"kikikiki" si Nani gelak sopan. kalau gelak kuat nanti boleh jadi kak Tipah membebel bunyi sniper
Si Tipah perhatikan sekeliling
"banyak betei kerongsang nieh.. sampai naik silau mata gue" bisik si Tipah kepada dirinya sendiri
ada kerongsang yang besar, yang kecil, yang berantai rantai. tak kurang juga yang berbatu bata, bermutiara, berbentuk bulat, segi empat, diamond! pentagon! wahhh!!! heaven gila!!!
"kak Tipah! kenapa muka basah???" direct je si Nani menegur
"ehh..basah???"
si Tipah cepat cepat mengelap dahinya dengan hujung lengan tshirt
"err..eh kau sibuklah Nani. pergilah tengok kerongsang polka polki yang kau nak sangat tu!" cover si Tipah
selepas 20 minit..
"kak Tipah, tudung raya kak tipah ada berapa??"
"ada dua. kenapa nani??"
"kalau dua tudung kak tipah cuma perlu 2 bijik kerongsang. tapi.. nani tengok penuh dua beg
plastik kerongsang kak Tipah borong! wahahaha"
"err...ini kak Tipah belikan untuk kawan ofis laaaaa" si Tipah cover lagi
ekekeke
moral: mari beramal dengan kata-kata yang dilontarkan. salam ramadhan! :)
{ 1 Comments... read them below or add one }
Hehe tak terkomen tuuuu
Selamat hari raya cikgu :)
August 6, 2013 at 7:03 AM
Post a Comment