Jaja & Peplum

on Tuesday, February 19, 2013

Bismillah..

Di tempat kerja (sekolah) kami rakan seperguruan adalah rakan sepermainan di pejabat, sebat menyebat, kutil mengutil, tepuk menepuk tu fenomena biasa.

pagi tadi di sekolah, pungkoq punggung jaja kena sebat dengan rotan oleh seorang rakan guru. adeh, berbisa!

dengan pantas jaja pon balas sementara rotan jaja memang wujud di depan mata. heh ;p

lantas kami terketawa hingga berdehit bunyinya. memang buruk, macam baghal

hahah

memang seronok. sekali sekala bercanda, maklong lahh kerja kerja cikgu ni stress memanjang ;p

jaja ada terdengar rakan cikgu yang menyebat punggung jaja tadi sempat mengomel, katanya;

"mungil!!" 

"eleh..dia pon mungil!! haha" cepat jer jaja menjawab ;p

kami ketawa dan ketawa lagi. sambil masing masing bergerak hilang menuju  ke kelas

hahah! cis dia kata punggung aku mungil

padahal jaja berbaju kurung. fine, kemungkinan besar baju dah sempit, kain baju kurung tu mengecut selepas di basuh, err atau mungkin jaja sudah gemuk..err

adeh, jaja tepuk dahi, takleh jadi, aku kena perkuatkan usaha dalam senamrobik. heheh

tu kes pakai baju kurung, pon bentuk punggung boleh dikesan. bolehkah anda bayangkan kalau jaja menyarungkan badan jaja dengan peplum???

ehh apa tiba tiba masuk bab peplum pulak neh

peplum yang tiba tiba masuk kepala jaja.heh

apa itu peplum????

pelam kah? plumbum kah?

peplum adalah trend fasyen baju terkini berkeadaan ketat di atas dan mengembang di bawah. macam kat bawah ni


fine fine foiinnneee... jaja tak nafikan memang cantik fesyen begini, terserlah bentuk body, b**** dan tidak keterlaluan menonjolkan bentuk punggung

tapi

tapi..tapi...

still tidak mengikut syariat. selalu je nampak adik kakak makcik kat luar memakai peplum. mana yang badan kurus cekeding tu memang takde masalah since baju tu nampak longgar and just nice

tapi untuk badan yang gebu, berisi, berlemak, berlipat lipat, bumper pulak macam buah pear (mengata diri sendiri nampak) memang BURUK

astaghfirullahalazim..sorry sorry. jaja tak berniat nak mengata kamu. jaja remind diri sendiri sebenarnya, tapi memang mata ni annoying kalau tengok.. kau tutuplah dada dengan tudung sekalipun, still nampak bentuk badan..haih cane nak explain eh

sorry laaa kakak adik sekalian kalau jaja over ekspres pasal pakaian dalam entry ni..ampun ampun! 

yang penting objektif jaja tercapai iaitu jaja baru sedar yang jaja memang tak sesuai pakai peplum, lagi laa kalau materialnya lycra atau kain jenis bergetah. mungkin kalau material dari kain yang betul betul tak melekap di badan, tebal dan of course labuh, baru jaja boleh fikirkan untuk membelinya! ;)

sekian
babai, assalaamualaikum!

psssttt..tutuplah aurat yaa kawan kawan.. kasihan suami kita, kasihan ayah kita..

psssttt lagi, pakailah apa pon depan suami, tak apa..nak bogel seksi  pon tak apa, dapat pahala ;p

psssssttt lagi, nak beli peplum sehelai, buat baju tido ^__~

Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

Unknown said...

salam jaja :)

bergurau sampai rotan pungkok ker jaja..? adehhh..

betul tu jaja...fesyen baju tu x sesuai dipakai sbb menonjolkn aurat...ayie tgok ceramah ustaz don dlm tv aurat wanita ada 4 :

1- jgn jarang
2-jgn ketat
3-jgn nampak btk tubuh
4-lupa...P


February 19, 2013 at 10:12 PM
Cikgu Jaja™ said...

waalaikassalam ayie

4- tak tabarruj (hias berlebih lebihan)

thanks ayie sbb terus sokong jaja ;)


February 19, 2013 at 10:21 PM
EmpayarUtama said...

Hahahahah beli jangan tak beli pastu ingatkan asben buat baju tido jer tau ^_~


February 20, 2013 at 8:17 AM
afzalsukasuki said...

jaja makin berisi?macam wife afzal gak.adeh

bagi badan sekeping takpe la kot..tak menonjolkan apa2

tapi yang berisi, badan cantik rasanya takyah la nak tayang.kadang2 pelik dorang tayang2 tu.. dorang gak yang rugi nanti sebab :

1.kalau gemuk, baju tak muat.kena beli baju lain

2.takleh makan macamana orang lain makan.kena jaga badan

3.sian orang sekeliling dapat dosa kering.kita plak jadi penderma dosa pada orang

Jadi kesimpulannya, pakai la pakaian yang cantik, bersesuaian, trendy tapi masih mengikut hukum syarak :)


February 20, 2013 at 9:12 AM
Heiladies Co. said...

Assalamualaikum..

HC setuju..klu nak beli peplum kena make sure betul2 ukuran nya. klu rasa2 ketat baik cari yg lain.byk pilihan peplum skrg ni. HC yg jual peplum ni pun x suggest klu pakai yg ketat2.tak salah bergaya tapi biarlah mengikut hukum syarak


April 8, 2013 at 2:07 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO