Tips | MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

on Sunday, December 23, 2012

Bismillah



makan itu best (tadika sungguh ayat kamu jaja.grrr :P)

fortunately living hood in malaysia, tak pernahnya jaja dengar manusia mati kebuluran. susah nak dengar tak cukup makan  

including me. dari kecil sampai jadi bini orang nie asyik fikir nak makan apa, nak masak apa.. 

berbeza dengan keadaan anak-anak di palestine sana, nigeria, syiria.. Allah...tak cukup makanan diagih agihkan, bom berdentum di sana sini. cruel.so bad

malu aih dengan kita kita di bumi malaysia.. makanan sampai terbuang buang

apa apa pong, jangan membazir dah yer, pesanan ikhlas dari jaja :)

tadi jaja ada terbaca tentang ini >> MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

Menarik. it's such kinda sunnah things to learn, to try, to make it!

sedor sedor ler..hidup nie tak lama..apa yang kita mentekedarah sekarang kesannya berpuluh tahun akan datang,hoho :0

haih.

cekedout

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


bila dinilai semula..Allahu Robbi... cuma air jer yang ada setiap hari kat rumah. Allah..jauh benar jaja dengan keperluan badan yang sihat. so bad. asyik asyik nasi, nasi nasi. jarang makan kurma, delima, madu dll makanan feveret nabi kita ni..

Regardless of what we're eating daily, jom sama-sama join amalkan makanan kegemaran nabi. chaiyookk

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

info:fb
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Embun Melati said...

Dalam banyak2 pilihan di atas, hanya no 9 je belum pernah makan..hehe


December 24, 2012 at 1:58 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO