Mohon Maaf Secara Terbuka

on Wednesday, May 2, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone

Alahai..Dah macam retis pulak aku nak post mohon maaf secara terbuka gini....


Menggelintar sendirian menelusuri segenap maya pada yang luas dan gersang..meneliti hamparan langit tanpa bintang, aku ralit. duduk di sisi jalan menongkat badan..ntah kenapa aku rasa gusar. risau kalau kala ini menjadi penghalang akhirat yang membahagiakan. maklum dengan kemaafaan sesama manusia harus dituntut, agar mudah segala perjalanan kekal di sana..aku jadi takut..

seperti menahan daya angin panas, sangat kuat. aku hampir hampir tumbang. renik peluh berjuraian. kugagahkan juga untuk setia berdiri. mengharapkan benteng magikal muncul tiba-tiba.boleh juga kusandarkan lesu dari kebencian manusia..barangkali boleh juga aku lepaskan lelah kepenatan menahan gempita hati..

amarah manusia menunjal nunjal. amarah itu seperti angin berpusar pusar laju. tanpa belas dan kasihan.. aku takut rebah usai tampangku ditolak tolak ganas. 

mak kata, ketika kecil pantang aku dimarah marah.. kerna marah itu bakal berlarutan dalam nadi, bercampur dengan walang lantas selsius meningkat. okay..jujurnya aku akan demam kalau kena marah..fakta itu memang benar.jadi jika boleh, jangan aku dimarah-marah tanpa aku tahu apa sebabnya, kelak jatuh sakit, aku juga yang susah.

emosi menyambar. aku dipandang sinis. tunakan mata hinggap ke atas kesalahan yang aku fikirkan semuanya kerja TUHAN. okay, aku mintak ampun atas segala kesalahan yang sengaja atau tidak sengaja aku lakukan. aku perempuan biasa. aku tak mampu memuaskan hati semua orang.. aku harus jujur dengan Tuhanku. jujur dengan hatiku..

maafkan aku..kerna ketenanganku seakan diragut..maafkan aku..

tolong..

tolong maafkan aku
(ini bukan lagu. tak usah diiramakan. ini cuma tona gagasan hati kecil yang teracik racik.ada yang kecil ada yang sederhana)

pernah aku harapkan satu derapan ternokhtah. jadi tak susah susah untuk aku terus memikirkan inisiatif bagamana mahu memohon maaf dengan cara lain yang lebih baik.

saat ini sekali lagi, tolong maafkan aku..

sorry..

so sorry..

=.="

aku mohon agar terenap segala kesuraman yang membara di jiwa kamu..sungguh dari tubir mata, berjejeran manik jernih kerana aku risaukan akhiratku! sekali lagi, tolong maafkan aku..


Untuk yang berkenaan..aku harap kamu mendoakan kebahagiaan atas jalan yang aku pilih.  aku pernah terdengar seseorang berkata: "berbahagialah orang yang meletakkan redha dalam diri.."

Ranking: 5

{ 9 Comments... read them below or add one }

afzalsukasuki said...

err Jaja walaupun nampak samar2..tapi bila lihat gambar afzal rasa macam faham.sabarlah ye


May 2, 2012 at 11:03 PM
Anonymous said...

sabar lah..kerna apa yg berlaku sudah TAKDIRNYA.. :)) semoga senyuman sentiasa terukir di bibirmu :)


May 2, 2012 at 11:12 PM
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
kwn ucu said...

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana...
Biar ku setia.. menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin.. kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya....

- Kisah hati


May 2, 2012 at 11:22 PM
Ayie Abas said...

entry jaja nih mendalam maksudnya nih...

apapun ayie harap jaja sentiasa kuat menghadapi apa jua cabaran hidup yg dtg...


May 3, 2012 at 1:36 AM
Unknown said...

mcm paham jugak....smoga suksessss


May 3, 2012 at 4:45 AM
salykin said...

ni aku marah ni..tak bgtau aku pun kn..marah ni marah..
tahniah nekku
bilanya bakal dikorbankan???miahaha


May 3, 2012 at 9:39 AM
EmpayarUtama said...

Iskkkk... terus terang je... aku tak faham. Abis tu, bila kita boleh jumpa? Erkkkkk eh apa ni? Aku tak faham...


May 4, 2012 at 2:37 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO