Alhamdulillah : Najib umum 'durian runtuh' RM15,000 setiap keluarga peneroka

on Tuesday, May 8, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone


PENEROKA Felda Bukit Tangga gembira ketika menyaksikan siaran langsung pengumuman pemberian durian runtuh kepada 112,635 keluarga peneroka Felda dan 23,000 kakitangan Felda yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disiarkan secara langsung dari Felda Jengka 8, Pahang, pagi tadi. - Foto Amran Hamid

JENGKA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.
Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.


pstttt...Alhamdulillah..untung laa...usah buas menjoli yer.erk, kasarnya kau jaja! :p


Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

Ayie Abas said...

al hamdulillah..rezeki...

boleh masuk meminang nanti...hehe3 :P


May 8, 2012 at 2:47 PM
areziezah said...

untung lah org felda... tapi ada jugak tak bersyukur dgn gov.. huhuhu


May 8, 2012 at 4:15 PM
Phat said...

syukur lah..aku anak org kampung jugak yg x dpt apa2


May 8, 2012 at 4:24 PM
mohdhazlan Dreadlock said...

alhamdulillah ...rezeki buat ayah saya ..hidup felda !


May 8, 2012 at 8:09 PM
kiz said...

rezeki jgn ditolak .. musuh jangan dicari


May 22, 2012 at 12:47 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO