Bayi dua minggu mati dipijak bapa

on Saturday, April 14, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah..astaghfirullah..sebak aku baca berita ni. tak pasal pasal anak jadi mangsa.. nampak sangat masyarakat kita sekarang masih kurang kesedaran rohani untuk menghargai suatu kelahiran..Allah..kesian anak dia! tak kesah la india ka..cina ka..iban ka..anak tetap darah daging mereka.. memang fitrah manusia yang lelaki lebih kuat dari wanita dan kanak-kanak..sebab tu depa wajib dilindungi.. binatang pon tahu sayang anak oihhh...so bad!

Bayi dua minggu mati dipijak bapa

 AHLI keluarga mendukung mayat bayi di pekarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

IPOH: Seorang bayi lelaki yang baru berusia dua minggu meninggal dunia dipercayai selepas dipijak bapanya sendiri yang naik berang selepas bergaduh dengan isteri dan iparnya di rumahnya di Taman Bernam Jaya, berdekatan Tanjung Malim, awal pagi kelmarin.


Sumber berkata, sebelum kejadian itu suspek berusia 40-an dan bekerja dengan syarikat mengumpul barang lusuh dikatakan bertengkar dengan isterinya berusia 30-an dan tindakannya ditegur adik iparnya.

“Teguran itu menyebabkan suspek bertambah berang hingga berlaku pergaduhan.


“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian dikatakan mencapai parang lalu menyerang iparnya yang berusia 32 tahun.


“Selepas itu, suspek dikatakan memijak pula bayi lelakinya hingga menyebabkan bayi berkenaan mengalami kecederaan organ dalaman,” katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, bayi berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tanjung Malim (HTM) untuk mendapatkan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat. 

Katanya, salah seorang keluarga terdekat suspek kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Baru.



Difahamkan, empat ahli keluarga bayi, iaitu suspek dan beberapa ahli keluarganya ditahan polis untuk disoal siasat.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang dihubungi berkata, siasatan kes bunuh itu dilakukan polis Selangor berikutan kejadian dilaporkan di Balai Polis Kuala Kubu Baru.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek, kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.



Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki lain bagi membantu siasatan kerana memukul suspek ketika pergaduhan dalam keluarga berkenaan.


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Ayie Abas said...

selain dari marah....si bapa di bawah pengaruh alkohol kot???


April 15, 2012 at 12:31 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO