Anak Cermin Ibu Bapa

on Saturday, April 14, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم



"Cikguuuu!!! ajis tengah tumbuk-tumbuk dengan mat haron!!!!"
**nama samaran.nama sebenar dirahsiakan. heh

hoh..kalau korang di tempat jaja, apa yang akan korang buat?? cuba meleraikan? cuba menenangkan keadaan? atau join sekali bertumbuk??? hehe

honestly..jaja sendiri tak tahu nak buat apa..jaja kalau terkejut memang akan terkedu, terdiam, otak blank, act nothing. lama jaja berdiri diam..baru jaja ada kekuatan nak meleraikan dan menenangkan keadaan.macam lambat kan..tapi tu lah..itu kelemahan jaja..jaja kena perbaiki. T___T

pening kalau ada masalah begini di sekolah.menganggu konsentrasi orang nak buat kerja. tapi nak buat macam mana..kita hidup dalam sebuah komuniti..bukan sorang-sorang.hendak tak hendak kena hadapi juga..

jaja sambung cerita ea..selepas kejadian tumbuk menumbuk antara ajis dan mat haron tempoh hari, jaja ada terlihat ajis dibelasah ibunya..adegan pukul memukul dengan penuh emosi di kawasan sekolah..tak tahu lah apa kesalahan ajis yang membuatkan ibunya bertindak separuh gila.

mula dari situ..barulah jaja faham..patut lah ajis seperti taiko kaki pukul di sekolah..rupa-rupanya mak dia selalu pukul dia! so bad. fyi, ajis baru darjah satu! memang suka sangat memukul.pantang diusik sikit kakinya sudah diangkat dulu. nak bagi penerajang la tu..adehh

mungkin tak adil bagi jaja menghukum keadaan ini dengan kesimpulan "Anak Cermin Ibu Bapa" tapi begitulah yang jaja sempat perhatikan sepanjang 20++ hidup kat dunia yang tak lama lagi nak kiamat ni..kebanyakan parents yang okay, anak-anaknya juga turut okay..tapi jaja tak nafikan ada juga anak-anak yang mendajal walaupun parents mereka sangat baik! kalau terjadi macam tu, komen jaja satu jer : "iman tak dapat diwarisi" :)

terima kasih kerana membaca. lebiu 

Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

Unknown said...

tu la kan.. bila di rmah keluarga masalah.. secara tak langsung anak2 yg menjadi mangsa.. dah tentu emosi anak2 ni tak stabil. sampai je kat sekolah kena buli.. memang budak2 ni angin la kan.. hish2.. xbaik la cara mak dia nak pukul pon..


April 14, 2012 at 8:48 AM
Salina Mat Isa said...

ibu bapa yang mencorak anaknya dari kecil..


April 14, 2012 at 8:56 AM
uLan said...

ada betulnya... anak ibarat kain putih dan kita sebagai ibubapa harus mencari jalan yang terbaik untuk mendidik dan mencorak peribadi mereka :-) tepuk dada tnya selera.. yeay!!


April 14, 2012 at 9:08 AM
Ayie Abas said...

jaja...kesian anak2 yg dari kecil lagi selalu kena marah...apatah lagi kerap dipukul sama ada ibu atau bapa nya.

selalu jiwa dan mental anak2 ini akan membentuk semacam suatu 'pertahanan diri' yg menyebabkan mereka akan bersikap dan berjiwa keras semata2 minda bawah sedar yg telah terbentuk akibat kerap dipukul di rumah.

akibatnya mereka bersikap kasar ketika bersosial dlm masyarakat.

~__^ lebiu too... :P


April 14, 2012 at 11:28 PM
Koding said...

Moga Allah berikan perlindungan kepada aku dan ahli keluarga ku....


April 15, 2012 at 1:27 AM
Mirul said...

Memang sangat tepat.. Macam mana perangai mak bapak macam tu la anaknya. Macam orang kata, bapak borek anak rintik. Mak kencing berdiri anak kencing pecut 200m lari berganti-ganti..


April 15, 2012 at 6:35 AM
Unknown said...

macam dalam cerita JUVANA pulak kan..kesian budak2 sekarang, jadi mangsa keadaan...


April 15, 2012 at 5:12 PM
Muttallif said...

Leaderships Start from Home :)


April 15, 2012 at 6:31 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO