Kisah Artis | Zizan yakin peminat bijak menilai lagu Bawaku Pergi

on Friday, March 30, 2012

Zizan yakin peminat bijak menilai lagu Bawaku Pergi

pix_gal0
TIDAK pernah terniat di fikiran pelakon dan pelawak, Zizan Razak, untuk menggalakkan gadis muda lari dari rumah tatkala tampil bersama lagu, Bawaku Pergi, sebaliknya menganggap ia sekadar hiburan santai.


Tambahnya, masyarakat sudah cukup bijak untuk mempertimbangkan sesuatu perkara, apatah lagi membuat penilaian terhadap dendangannya bersama penyanyi baru, Kaka, atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff.Saya sebenarnya malas mahu membuka mulut berhubung isu Bawaku Pergi yang dikatakan membawa mesej negatif menerusi bait liriknya. Jika saya terus menjawab, bimbang isu ini semakin diperbesarkan.

“Bagi saya, setiap dendangan hanya halwa telinga. Kalau ikutkan, banyak lirik tidak masuk akal terutama dendangan dari Barat yang begitu mudah diterima. Apa pun saya enggan membuat perbandingan kerana muzik adalah sesuatu yang bersifat sejagat dan ia bergantung kepada persepsi individu,” katanya selepas tayangan filem baru, Jangan Pandang-Pandang, kelmarin.

Bagai memahami media akan bertanyakan soalan mengenai lagu ciptaan bekas anggota kumpulan Too Phat, Malique, Zizan tenang merungkai persoalan malah mengakui masih ramai di belakangnya yang memahami situasi terbabit.

Cuma tegasnya, lagu yang semakin mendapat tempat di corong radio itu barangkali diperdebatkan gara-gara beberapa kes gadis muda yang lari dari rumah kebelakangan ini. 
“Secara kebetulan ketika Bawaku Pergi ‘panas’ di radio, banyak kes gadis lari dari rumah dipaparkan di media. Sedikit sebanyak keadaan ini menjadikan saya terpaksa berfikir dua kali jika mahu tampil dengan lagu baru.

“Sedih juga bila niat kita disalah erti. Bukan hanya saya dan Kaka yang bertalu-talu diajukan persoalan sama, pelbagai tanggapan kurang manis juga dilemparkan kepada kami, termasuk Malique sekali, kerana dicop membawa anasir buruk kepada anak muda lain,” ulasnya.

Ditanya mengenai percubaannya menceburi cabang seni lain termasuk nyanyian, Zizan atau nama sebenar, Mohd Razizan Abdul Razak, 27, enggan dicop tamak sebaliknya suka mencabar diri meneroka sesuatu yang baru.

Sudah diintai menjadi duta bagi jenama aksesori kereta yang bakal diumumkan kelak, anak muda berbakat besar ini punya misi mengukuhkan lagi empayar seni menerusi penubuhan syarikat produksi selain menguruskan artis.

“Berlakon sudah menjadi bidang yang semakin saya cintai. Namun, banyak lagi perkara yang harus saya pelajari termasuk tugasan belakang tabir. Pada masa sama, saya juga bermula dengan kosong. Melihat rakan lain yang baru berjinak-jinak mencari tapak, saya cuba membantu menerusi penubuhan Wire Fame.

“Syukur kerana rezeki saya dipermudahkan apabila satu persatu tawaran berlakon tiba. Walaupun dikenali sebagai pelawak, saya juga ingin mencuba pelbagai lagi watak berbeza kerana tidak mahu penonton jemu,” luahnya yang turut berdebar menanti reaksi penonton terhadap Jangan Pandang-Pandang yang berada di pawagam bermula 29 Mac.

Lirik Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

* Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

** Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Ulang **

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Ulang *
Ulang **


SUMBER
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

Unknown said...

lagu ni kalau takde niat ape memang best tapi tu la remaja zaman sekarang ni susah nak bentuk takut terdorong dengan lagu2 camni. huhuhu


March 30, 2012 at 10:28 PM
ezyra taharin said...

lagu nie memanng best..rentak dia best sgt..zyra slalu dgr..tp lirik dia ble hayati tul2,memang tul la pe y dorg dok hebohh uwh...lehh kait gaan kes gurl lari dri umah


March 31, 2012 at 9:24 AM
Anonymous said...

sbb peminat bijak la dowg xsuke lagu ni....jgn nak ikut sgt barat..yg baik2 xnk ikut...yg xbaik terhegeh2 nak tiru


March 31, 2012 at 1:48 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO