Bapa rogol anak ditahan

on Friday, March 30, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم



Kita selalu lupa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu kekal membesar sihat..menjadi anak soleh dan solehah..tapi kelahiran yang suci itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak bertanggungjawab. haihh.. malas nak bebel panjang..jaja masih ingat waktu sekolah dulu, ustaz menyebut "Ar rijal Qawwamuuna 'alan nisa'.." para lelaki itu pelindung bagi wanita.. terdetikkah di hati kita betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin pada wanita dan anak-anak perempuannya?? Betapa Allah telah memberi kepercayaan pada lelaki untuk memikul amanah itu kerana beberapa kelebihan yang Allah berikan pada lelaki dan tidak ada pada wanita dan kanak kanak.. hurmm...


************* 

REMBAU – Haruan makan anak. Itulah yang sesuai untuk seorang bapa kandung yang sanggup merogol anak sendiri sejak umurnya 10 tahun.
Sumber yang enggan dikenali berkata, perangai buruk lelaki terbabit hanya terbongkar selepas anaknya yang kini berusia 14 tahun, ditemani gurunya membuat laporan polis pada 22 Mac lalu.
Menurutnya, remaja terbabit mendakwa dirogol sejak berumur 10 tahun dan kali terakhir pada 21 Mac lalu.
“Susulan insiden malang itu, guru yang menyedari perubahan remaja terbabit mendesak mangsa menceritakan masalahnya dan memujuknya membuat laporan polis.
“Suspek yang juga kakitangan kerajaan berusia 48 tahun ditahan pada hari sama mangsa membuat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sumber berkata, suspek ditahan reman selama seminggu sehingga 30 Mac ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan doktor.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan,” katanya.


SUMBER
pssstttt..baru betul istilah harapkan pagar, pagar makan padi. grrr
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Cik tikah said...

mcm - macam dunia skrg ni


March 30, 2012 at 4:21 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO