Kisah Artis | Tarikh Pernikahan Liyana Jasmay 24 Jan 2013

on Thursday, March 29, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم


Tahniah di atas pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin. pheuww..grand betoi majlis dia.. doakan semoga hidup mereka terusan bahagia..

Pelakon Liyana Jasmay mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Fathuddin Mazlan,28, pada 24 Januari 2013.
Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.
Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac.
“Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat.
“Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri,” katanya selepas majlis pertunangan tersebut.
Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.
Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.
Detik pertemuan mereka bermula selepas Liyana Jasmay berkenalan dengan Fathuddin melalui seorang kawan sehinggalah mereka mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan tahun baru lalu.
“Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor,” ujarnya.
Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.
psssttt..jaja rasa..err..ermm.. baju dia..emm...errr...maklum lahh pandangan setiap manusia berbeza bukan..hehe

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Ayie Abas said...

pakaian yg si lelaki tu dah smart dah jaja...tapi pakaian lyana terlalu jarang mcm langsir....hehehe


March 29, 2012 at 1:31 AM
Cikgu Ma said...

tak yah selindung2 lagi ja...memang sah pakaian x macam org islam..malu la...tah la dorg artis ni...moga diampunkan


March 29, 2012 at 10:48 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO