Tiga rakyat Malaysia ditahan tanam pokok ganja di Melbourne

on Thursday, March 29, 2012



بسم الله الرحمن الرحيم



Haihh..toksahlahhh cari pasal merosakkan sendi kehidupan dengan rezeki yang tidak halal..tak berkat oihh..harapan kita untuk mendapatkan rezeki yang berkat menjadikan kehidupan kita lebih tenang, cukup dan sentiasa dalam naungan Allah. 

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” 
(Surah al-Baqarah ayat 168)

***********

MELBOURNE: Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta. 

Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave.
Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen.
Polis mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial. 

Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama. 

Salah seorang daripada mereka sudah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan. 

Turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama berserta 10 kes mencuri. 
Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa. 

Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas. - BERNAMA


psssttt..keberkatan dalam hidup itu sangat sangat penting. bila berkat.. “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Ayie Abas said...

mereka berani sbb di sana tidak ada hukuman mati jika disabitkan dgn dadah...agaknya...jaja


March 30, 2012 at 12:32 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO