Isu Pendidikan | PTPTN Dimansuhkan??

on Wednesday, March 28, 2012


بسم الله الرحمن الرحيم


peh pehhh..untung laaa kalau betul PTPTN dimansuhkan..boleh jaja kumpul wang lebihan untuk majlis kawen..ye dak..hehe. banyak isu berkaitan pinjaman pendidikan ini digembar gemburkan.. namun kebenarannya hanya mereka saja yang tahu..kita nie bukan sapa2..sudah meminjam pandai pandailah usaikan hutang..toksahlah menjauhi hutang..nanti jadi beban pulak dikemudian hari. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya ke tepi juga..ehh jaja bukan nak share cerita pasai hutang ptptn..tp nak share persoalan..benarkah PTPTN bakal dimansuhkan????? hoho


KUALA LUMPUR: Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 

Beliau berkata, penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.
Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.
"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS? Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di sini, hari ini. 

Mohamed Khaled berkata, demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA


(iklan bergambar)


psssttt..riba di mana mana saja kehkeh





Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Ayie Abas said...

entry yg relevan dgn ramai student..jaja


setuju dgn jaja..hutang tetap hutang..mesti di bayar kembali.

ayie fikir dah ada biasiswa kan..? mesti laa ada pinjaman pula..kalau semuanya biasiswa...boleh bankrup kerajaan. nak tampung subsidi minyak dan barang lagi.


March 29, 2012 at 1:27 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO