بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum and hye everyone
pagi-pagi online berita..Allah...kenapa berita sedih begini yang terpapar..
Dirang dibunuh, bakar
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.
Allahu Akbar..anak..kasihannya kamu.. :'(
JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.
Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.
Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.
Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.
Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,
Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.
Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.
Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac.
pssstt...keselamatan anak-anak sekarang tak terjamin hatta di dalam rumah.. apatah lagi di luar rumah..walaupun takdir menetapkan adik nadirah meninggalkan keluarganya dengan cara begini..ibu bapa di luar sana WAJIB perihatin dan lebih perihatin. jadikan kes ini pengajaran..kasihan..bahana mi segera adik comel itu dibunuh, dibakar
psssttt lagi..jaja rasa something goes wrong gengan ayah si arwah nie.. rangka arwah dijumpai kat area jalan biasa orang lalu lalang dan tak jauh dari rumah, mesti banyak saksi memudahkan lagi pembunuh kejam tu dihambat! pandangan Tuhan tak terjangkau batasan..nak sembunyi mana lagiii..grrrr...tak apa, keadilan akan terbela untukmu adik nadirah..pastinya syurga untukmu menanti di sana.. alfatihah..
berita hairan
{ 10 Comments... read them below or add one }
Kesian budak ni..tak pasal2 kena mcm ni.
Al-fatihah
March 13, 2012 at 8:17 AM
Skrg memang bahaya..org jahat ada kt mana2 saja.....
Adik Syu kalo main dlm kwsan umah pon abah tolong tgk...
al-fatihah buat dirang.
March 13, 2012 at 8:30 AM
Al fatihah... ya Allah kenapa begitu sekali sampai bakar..kesian anak ni..semoga Allah memberi pembalasan yg setimpal kepda pembunuhnya!
March 13, 2012 at 10:25 AM
sedih bile mengenag kan tengtang dunia sekarang ....
March 13, 2012 at 1:01 PM
sedih bile mengenag kan keadaan mangsa ......... ape lah dosa anak2 kecil sampai di perlaku kan begini :(((((.... semoga dia di tempat kan di dalam golongan yg beriman
March 13, 2012 at 1:03 PM
pengaran untuk semua org. kena jaga anak betul betul :)
March 13, 2012 at 7:10 PM
Al fatihah~
kasihannya +__+
March 13, 2012 at 11:14 PM
jaja....kesedihan belum reda lagi..ermm
dulu dah berlaku sekarang berlaku lagi. jenayah ini berlaku di sebabkan otak manusia yg rosak. ayie dpt tau antara suspek yg ditahan punya masalah penggunaan dadah jenis 'ice'.
itu yg buat otak mereka rosak dan jadi kejam..ermm
AL FATIHAH.
March 14, 2012 at 3:11 AM
Saya sangat tersentuh dengan peristiwa ini. Tidak dapat dibayangkan betapa azabnya Allayarham menanggung derita. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.
March 14, 2012 at 10:24 AM
Al-Fatehah Buat Adik Dirang..
Jemput singgah ke blog Koding...
March 14, 2012 at 1:58 PM
Post a Comment