Rehlah hidup bagi yang namanya manusia

Posted by Cikgu Jaja™ on Friday, January 27, 2012. Filed under: , , , , , , , , , ,



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum and hye everyone..

jumaat yang barakah..eh, dah hari jumaat..cepat betul masa berlalu..tak puas rasanya bercuti seminggu..err pemikiran yang tipikal..manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada..ye dak?

kalau imbas semula zaman kanak2 ribena kita..seronok sangat kot.. main-main.. makan sedap-sedap.. lari sana sini. mak kata, masa aku kecik2, rambut aku halus2..kalau tengok dari jauh mcm xdak rambut..keke. sekarang dah abes belajar..dah kerja dah pon..rambut pon menebal..lebih bijak menjaga dan merapikan rambut. buat treatment rambut seperti satu kemestian..heh


begini lah manusia..semakin lama semakin tua..semakin banyak pengalaman hidup, pahit manis maung semua dia lalui. tabah tak tabah je nak hadapinya kan.. cer tengok carta di atas, dinamakan "rehlah hidup bagi yang namanya manusia"..hampir saja semua manusia melalui perkara yang sama, rasa yang sama..akhirnya mati juga..cuma 3 benda yang di bawa semasa mati, iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh. 


jadi, apa yang perlu kita buat sementara izrail menjeling jeling kita 70 kali sehari nie??? enjoykan je hidup? bertenang tenang? 

teruja dengan status prof muhaya..biar aku kongsikan di sini ya.. 

"...Track amalan kita dgn journal. Bila kita sedar kita dah mula maka kita hidup dengan sedar bukan tanpa sedar. 95% tabiat kita lakukan tanpa fikir. 95% pililhan kita buat tanpa sedar. cara nak ubah ini ialah dgn sedar apa kita buat dgn tracking tabiat kita. contoh nya baca Quran dan solat tepat pada waktu mulakan amalan itu hingga jadi tabiat tanpa fikir. mulakan tabiat baca facebook yang baik dan fokus memperbaiki diri bukan nak perbaiki orang lai. Kalau kita mula tulis ttg orang lain kita tahu dimana fokus kita dan alangkah ruginya. mereka yang memperbaiki diri selepas 1 tahun jauh pergi nya dari mereka yang sibuk mencari kesalahan dan memperbaiki orang lain mereka tidak kemana keran kita tak boleh ubah dunia luaran jika kita tidak ubah dunia luaran. ambil tindakan ini dan lihat dimana kita 2013 dgn izin Allah. ula beri markah kehidupan kita dalam semua aspek dan ambil keputusan untuk ubah dgn mengambil tindakan celik mata dan reset minda"



psstt..in fact post entry untuk diri sendiri T___T


3 Responses to Rehlah hidup bagi yang namanya manusia

  1. Cikgu Ma

    thanx jaa...ingatkan aku..

    **aku nak copy gambar ni...k??

  2. Aida Omar

    T_T tiada apa yang tinggal didunia ini melainkan amalan kita..

  3. ghost writer

    begitulah track perjalanan kita.ada di antara kita yang belum sempat merasa sebahagiannya atau penghujung usia kita bila kita terlebih awal dijemput..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sampai ke bawah kamu bace blog jaja nie yer..hehe.. tengs~ sebab sudi singgah ke blog yang ntah hape2 ini..tengs juga bagi yang sudi follow.. bila dh follow, do let me know okay.. love, faezah hannah albaj