Lelaki DAYUS

Posted by Cikgu Jaja™ on Monday, January 2, 2012. Filed under: , , , , , , , , , ,




بسم الله الرحمن الرحيم


assalamualaikum and hye everyone..


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.



sumber: zaharuddin .net


psssttt..kedayusan lelaki membawa banyak masalah..ditambah pula dengan para wanita yang tergedik-gedik meminta ihsan dibelai, dipuja dan diraba-raba.. 

raba-raba sejam dua tapi kesannya sampai ke neraka.. semoga Allah buka pintu hati kita..semoga kita jauh dari sebarang fe'el durjana..



di sekolah, ada beberapa kes anak luar nikah..kasihan..eerrr..ups off record. hmm apa kejadahnya nak off record kalau terang terangan membuat maksiat. temberang jer.. tak faham jaja.. @__@


takut akibat dosa-dosa kamu, kita diheret sama..terbayang-bayang aku akan azabnya di neraka..Allahu Akbar..mintak tolong ayah-ayah, abang-abang, pakcik-pakcik, adik-adik, pakwe-pakwe..bertegaslah!





18 Responses to Lelaki DAYUS

  1. Saddila

    wuwuuwuwu susahnya tanggungjawab sebagai lelaki . banyak lagi rupanya perkara2 yang boleh bawak seseorang lelaki kepada dayus -__-'

  2. Nabiel

    betul nie.klu ade lelaki yg boleh hindarkan smua nie.dia adalah pemimpin terhebat..wlpun dia tk perlu jdi pemimpin ngara..cukuplah dia pimpin owg2 di sekelilingnya.

    hrp2 dpt mnjauhkan dri jadi dayus mcm nie~

  3. Aida Omar

    eh kiranya time bersalin kena sedaya upaya mintak doktor perempuan la ea.. melainkan kalau doktor perempuan tak ada baru boleh doktor lelaki? betul gak kan kalau difikir2kan.

  4. wachak

    Bak kata ustaz azmil mustafa, sistem pendidikan dan kemasyarakatan kita telah rosak. Perkara asas nya adalah ilmu dan bilamana ramai yg jahil, maka sebeginilah jadinya.

  5. SaKiNaH (*_*)

    huhu.. berat tanggungjawab seorang lelaki.. tapi mcm skrg law brsalin memg doktor laki yg jadi bidan.. cm ne ye, susah nk elak.. kira darurat ke cm ne 2? alaaa...takutlah nk bersalin, nak suami je lah jadi bidan, hik3

  6. ^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^

    thanks for the infos.
    kita ni mmg kena selalu ingat mengingati kan;)

    tggjwb lelaki semmgnya berat, hisabnya jugak berat.
    huhu.

  7. Cikgu Ma

    jaja, dh kawen blum??hehe

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/no-title.html

  8. Cikgu Jaja™

    @saddila
    kan..kak jaja pon terpana bila hayati list yg ust zaharuddin buat nie.. =.="

  9. Cikgu Jaja™

    @Nabiel
    yer nabiel..sesungguhnya lelaki adalah pemimpin kecil,yg mana membimbing keluarga2nya sendiri.. jika rosak kumpulan yg kecil nie maka bakal rosaklah seluruh alam..

    sbb tu lelaki sebaiknya melindungi keluarga dr sebarang fasad..

  10. Cikgu Jaja™

    @Aida omar

    yer syg, kak jaja pon ambil remeh hal ni tau..rasa mcm xpe je kalo doc laki yg buat pon..tp bila fikir2 balik, xelok kalau kita sengaja biarkan doc lelaki sedangkan kita boleh sedaya upaya cr doc pempuan :)

  11. Cikgu Jaja™

    @wachak
    ha a zul..betul..ramai yg jahil dan sombong, dh la xtahu..taknak plak bertanya..hmmm..

  12. Cikgu Jaja™

    @sakinah
    yes dear..hehe..kn best kn kalo laki sendiri yg jd bidan..kikiki :)

  13. Cikgu Jaja™

    @ ^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^
    ha a kan..hisab nnt payah laa..jd jgn ambil mudah isu2 begini yer.. :)

  14. Cikgu Jaja™

    @cikgu ma
    errr..belum ma.awat, aku xlayak buat post mcm nie ker..errr..

  15. Razif Mokji

    saya setuju ....

  16. Woofer Storm

    semoga sy dijauhkan dari sifat kedayusan..

    slmt malam

  17. Ayie Abas

    semuanya itu bermula apabila tanggungjawab atas amalan agama yg fardhu diabaikan....maka iman pun lemah...akhirnya tak kisah jika semua yg dinyatakan dlm entry ini berlaku...ermmm

  18. khairul

    harap2 sy terhindar dr sifat2 diatas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sampai ke bawah kamu bace blog jaja nie yer..hehe.. tengs~ sebab sudi singgah ke blog yang ntah hape2 ini..tengs juga bagi yang sudi follow.. bila dh follow, do let me know okay.. love, faezah hannah albaj