بسم الله الرحمن الرحيم
salam and hye everyone..
wachak jangan kata nak muntah tengok gambar-gambar gay kawin di bawah..sebab jaja dah already muntah.harap maklum. so bad
jaja bangun awal hari nie..errr.. jaja bangun jam 12++ malam selepas tertido sebaik sahaja selesai solat isyak tadi, dengan telekung sekali jaja bawak pegi tidur..hoho..letih sikit..begitu lah jaja kalau letih, memang akan tidur tanpa sedar. unconsciously collapse.haha.
masa study dulu..roomate selalu kata jaja pattern "tido tak siap" kehkeh
okay2 kembali pada tajuk entry "semangka RM2"
jaja geraaamm jer dengan seorang budak penjual semangka.
err..di johor kami panggil tembikai ni semangka :)
dia jual semangka RM2. murah kan?? terpampang besar board tulisan tangan "RM 2 sebiji" nampak pulak dari jauh warna isi semangka yang memekar merah, kecur jaja tengok..niat nak membeli. sebab memandu agak laju, cik lisa tak sempat nak break berhenti beli, tapi jaja pimpin cik lisa buat U-turn. patah balik semata-mata nak membeli semangka RM2.
tapi apa yang mengecewakan, board RM2 sebiji tu adalah untuk semangka yang kecil dan kurang elok. jaja geram sebab dia campur semangka yang elok dan harga yang lain malah lebih mahal. ish!
"dik, berapa ringgit sekilo semangka nie?" soal jaja sambil menunjuk semangka yang sudah dibelah dua. merah betul isinya.
"murah kak, RM3.30 sekilo. dengan akak saya jual sebiji RM6"
"ehh..kat papan harga tu tulis RM2 sebijik kan??"
"tu yang kecik-kecik kak..yang ni murah ni kak.murahh..isi manis.RM6 saya bagi.ehh RM 5 pon boleh kak"
ceh, macam mana laa dia jual ni. harga bertukar-tukar. belit-belit bercakap yer. menipu tanda harga pulak. tunjuk harga lain, tapi barang lain. aparra..sabar aje la.. tak patut kot berniaga macam tu. jaja rasa tertipu. penipu betul..mungkin ia bukanlah kes penting malah sangat remeh, tapi bagi jaja permulaan ketidakjujuran dalam berniaga adalah something yang tidak baik.. jual beli ialah persetujuan kedua-dua belah pihak. dalam berniaga ni, Letaklah berapa pon harganya, apabila kedua-dua belah pihak bersetuju, maka urusniaga oleh dijalankan.
kalau nak untung lebih tu tak apa..
mengambil untung dalam perniagaan adalah suatu kemestian. dulu.. seorang sahabat Nabi saw pernah membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar dan seketika kemudian menjual semula seekor darinya dengan harga satu dinar. Selepas menceritakan hal tu, Nabi tidak membantah pun perbuatannya itu. Sebaliknya sahabat ini didoakan oleh Nabi kerana bijak dalam berniaga. Dalam sekelip mata, sahabat ini membuat keuntungan 100% atau sekali ganda
beberapa minit jaja diam berdiri sambil membebel dalam hati (nak terus terang risau dia berkecil hati)..at last jaja tinggalkan budak itu bersama semangka-semangkanya dengan satu pesanan
"berniaga kena jujur dik..baru berkat"
er..bukan apa..hilang terus selera nak makan semangka. daripada beli tapi tak ikhlas. minta maaf laa adik semangka..
{ 6 Comments... read them below or add one }
assalam cik jaja
Sudah jadi adat dalam berniaga sekarang, letak harga lebih murah besar2 untuk tarik perhatian org utk membeli tapi harga utk barang yg ada kualiti/baik tidak dipamerkan.
December 18, 2011 at 2:00 PM
nk semangka :)
December 18, 2011 at 5:56 PM
Setuju sangat "berniaga kena jujur", selain kejujuran kita kena bungkan sifat tamak & iri hati. Pesanan untuk diri sendiri & pada para peniaga yg lain..
December 18, 2011 at 8:45 PM
Salam...
Hihihi...kalo aq pn aq xbeli kt kdai cmtu...
Tp mahal gler..tmpt aq RM1 je pn...
Ekeekekekek...
December 18, 2011 at 9:42 PM
berniaga kalau tau adab2nya memang untung..sbb mudah masuk syurga.
December 18, 2011 at 10:33 PM
sedapnya kalo minum jus semangka nih..
December 18, 2011 at 11:38 PM
Post a Comment