بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum and hye everyone..
Adalah perkara yang agak merimaskan bila orang di sekeliling mula bising..tanya "bila kau nak kawen.." "bila nak makan nasi minyak kau??" , "semua kau ada, pelajaran, kerjaya,tunggu apa lagi" okay, itu soalan biasa..
ermm..erm.. jawapan yang paling sesuai, sengeh aje la..nak cakap lebih-lebih malas. masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
adapun agak kurang ajar bila ada yang bertanya "kenapa tak kawen-kawen lagi nie.. macam tak laku jer.."
Rasa macam nak pangg jer. aiyohh..tak payah la nak menghukum orang dengan soalan ngengg ekau tu boleh tak??? doakan saja lah..semoga cepat sampai jodoh.. jodoh yang lambat bukan bermakna tak laku, ini rahmat Tuhan, mungkin ada yang terbaik menanti di hujung sana. HE knows best!
bagi yang masih bergelar anak dara muda atau tua, toksah risau laa kalau jodoh kalian belum dipertemukan.. memang janji Tuhan, segala tarikh untuk jodoh dan kematian telah ditetapkan. yakinlah Allah ada sentiasa bersama kita. selagi mana kita sehat, selamat, happy..itulah kehidupan yang terbaik buat masa sekarang. masa akan datang kita tak tahu kan.. so, cool je macam aku. biar lah orang nak kata apa.. jangan sampai terganggu kerjaya kita. toksah jugak membidas, diam dan senyum pon dah cukup.
okeh, back to the topic.
nampak tajuk entry di atas?? Kenapa manusia perlu berkahwin?? baiklah, nak kawen ada banyak sebab. antaranya: sudah memang fitrah manusia mahu hidup berpasang-pasangan. nak ada teman hidup, teman belai-belai. teman serumah, sekatil, sebantal, mahupun teman sepinggan.
yang kedua, kerana dah ada pakwe/makwe. nak buat apa couple kalau tak mahu berkahwin, ye dak?? punya laa lama memendam hasrat membina mahligai, di bawa ke sana-sini, kecoh sekampung nak tunjuk pasangan masing-masing, setiap kali raya mesti di bawa sekali. tapi tak kawin-kawin juga, simpan couple sebagai koleksi , cukup setahun buat album "koleksi supermanku". aiyohh. manusia jenis ni jelas ketidakseimbangan mentalnya.
yang ketiga, sebab sunnah Rasulullah saw untuk mengembangkan zuriat, melahirkan generasi bijak pandai pada masa akan datang menggantikan ilmuwan, pahlawan, sasterawan, angkasawan, rupawan dan berbagai lagi wan yang sudah meninggal dunia. jentiklah peribadi yang berakhlak dari dalam diri kalian mulai dari sekarang untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. at least, kalau anak kita bukan antara ahli akedmik pon, bila matinya kita nanti, dia tahu mendoakan kita..selalu menyedekahkah fatihah untuk kita.. kan elok tu..
yang last, aku fikir manusia mahu berkahwin atas dasar jaminan hidup yang lebih baik. kita selalu dengar kan, "2 is better than 1". after few years later, cakap macam ni pulak "3 of us..better than 2!" heh..
begitulah. nak makan pon sebab lapar, nak tidur pon sebab mengantuk. nak berkahwin juga ada sebabnya. alangkah moleknya pernikahan itu adalah kerana Agama..apa-apa pon back to agama. Dalam Islam misalnya, ia adalah sunnah Nabi S.A.W. supaya umatnya berkahwin demi untuk memperbanyakkan keturunan. kerana agama juga, perkahwinan jugak boleh menghalang daripada berlakunya perkara2 yang ditegah atau tak diingini di antara lelaki dan perempuan.
nak bebel panjang sikit lagi boleh tak?? :p
okay, bukan senang nak cari suami kan wahai kakak kakak sekalian.. aku juga fikir begitu, susah benar. adakalanya rasa give-up malah terus tidak ambil pusing. anyhow.. untuk tidak menjadi hamba yang sombong menidakkan fitrah yang Allah jadikan, so kita seharusnya bijak mencari kehidupan yang terbaik since mak ayah kita pon jaga kita dengan yang terbaik kan.. sia-sia lah jika kita sengaja mencipta kerosakan diri dengan memilih pasangan mengikut selera nafsu semata-mata.
ada beberapa perkara yang sedang diperaktikkan sekarang. and mungkin berbaloi untuk orang seperti aku. kita cuma mencuba..urusan jadi atau tidak Tuhan je tahu..
yang pertama-tama sekali, mencari keserasian tu sangat penting. tidak kisah lah sesiapan pun, asalkan ada keserasian atau chemistry, it's just fine. tolak ketepi perbezaan darjat syed atau sharifah, budak U ke tidak, atau jenis pekerjaan. cari yang boleh bertolak ansur dan kita rasa selesa. yelah..nak kawin long lasting. sepanjang hayat kita, ye dak?? kalau nak kawin sekadar nak buat-buat dah ada laki, atau yang lebih teruk, kawen sebab nak ikut kawan-kawan, jeles kawan-kawan dah kawen tapi kita tak kawen-kawen lagi.
Next, perhatikan latar belakangnya. cuba senaraikan perangai baik buruknya..kemudian sesuaikan dengan perangai baik dan buruk kita. maksudnya, mungkin ada antara kelebihan dia menjadi pelengkap kepada kelemahan kita, begitu juga sebaliknya. complement each other. nice bukan.. :)
kalau boleh..jauhi lah lelaki yang kerap berbuat onar, maksiat atau kejahatan. ada tau jenis perempuan yang gemar berpasangan dengan jenis-jenis zombie pokok pisang..err... please lah. jika kalian menganggap kalian cukup jahat maka kalian juga harus mencari yang ala-ala samdol perosak masyarakat. ohh lekas lah kalian berubah. demi masa depan yang lebih baik serta alam akhirat yang membahagiakan.. cari yang elok-elok yer..ada nakal sikit-sikit tu takpe la..biasa kalau lelaki tu nakal..kalau skema sokmo memang kaku laa hubungan tu nanti..
and..and..kalau boleh..cari pasangan yang sudah ada komitmen dalam pekerjaan. tak kesah la kalau dia berkerjaya sebagai tukang kasut sekalipun.. biarlah kita dapat mencicip rezeki dari sumber yang halal..
fuhh..pantas jer menaip.. :p
semoga bermanfaat. sepanjang 25 tahun aku hidup..beginilah dapatan yang aku perolehi dari pemerhatian dan pengalaman sendiri selepas patah hati.. aku tak puja lelaki, tetapi aku damba suami yang aku akan selalu pamerkan garisan senyuman untuknya, yang selalu ikhlas di waktu senang dan payah kita.. yang boleh menemankan hidup di dunia dan di akhirat.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.. :)
ada nak tambah lagi atau nak membetulkan statement aku?? silakan.. :)
{ 15 Comments... read them below or add one }
yup, betul tu.dari mata turun ke hati.kemduian terus dengan cara islam.lebih enak begitu.
apa-apa pun..nikmati dulu masa single..nanti dah berpunya, nikmati gaya mcm dah berpunya pulak. :)
December 14, 2011 at 8:04 PM
Sikit ja saya nak tambah...
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Fahamkan...?
December 14, 2011 at 11:04 PM
like this topic.tq---
December 14, 2011 at 11:29 PM
huaarrgghhh ngantok gak la :P
December 15, 2011 at 12:43 PM
thumbs up!
December 15, 2011 at 1:45 PM
afzal kawen ada beberapa sebab :
1)mak abah nak cucu
2)Afzal nak zuriat dari darah daging sendiri
3)elak maksiat zahir batin
3)sebagai umat Nabi Muhammad
Biarlah orang nak kata pape.Fikir +ve je la.Mybe dorang caring :) chill. Jodoh utu urusan Allah :) Siapa kita nak menentukannya :)
December 15, 2011 at 4:57 PM
25 muda lagi..ada jodoh,insyaallah..:)
December 15, 2011 at 9:23 PM
Kwen kan mrupakan stu ibadat...
So,klau jodoh dh smpai..
Jgn lengah2kann
Cpt2 la kawen...
Bt istikarah dlu..insyaallah..semua ok nanti.hehe
December 15, 2011 at 9:31 PM
@eiyzniey
ya..jaja setuju sgt2..terlupa yg kahwin satu ibadat adalah key point yg sangat penting :)
thanks dear
December 15, 2011 at 10:09 PM
kalau aku di usia-usia macam kau,jaja,pertanyaan macam nih aku rasa macam ditanya soklan sejarah oleh cikgu sains rumahtangga jer..di usia kau masa tuh,aku cukup enjoy.
December 16, 2011 at 3:00 AM
sebab kahwin tu satu ibadat :)
December 16, 2011 at 5:03 AM
semoga bertemu jodonh yg baik buat jaja aminn
December 16, 2011 at 9:06 AM
tuan tanah bila lagi???
December 16, 2011 at 2:26 PM
aku tak puja lelaki, tetapi aku damba suami yang aku akan selalu pamerkan garisan senyuman untuknya, yang selalu ikhlas di waktu senang dan payah kita.. yang boleh menemankan hidup di dunia dan di akhirat.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.. :)
like dis=))
December 16, 2011 at 9:39 PM
tumpang tulis di sini http://effa-k-poh.blogspot.com/2011/12/blogger-jaja-kenapa-manusia-perlu.html#links
December 17, 2011 at 11:03 AM
Post a Comment