Bapa rantai anak

on Friday, December 30, 2011


  • بسم الله الرحمن الرحيم


    Foto


    DUA beradik dirantai dan dikurung dalam tandas oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth sebelum diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam. Gambar kecil kaki kanak-kanak yang dirantai oleh bapanya.
  • Foto
    LELAKI yang disyaki mengurung dan merantai dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth.
BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang mengikat kaki mereka dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga selain dikurung dalam tandas kotor selama lebih lima jam dalam kelaparan.

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, kelmarin, lelaki berusia 40-an itu mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.

Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran mendakwa bertindak demikian kerana anaknya nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia keluar bekerja. Lelaki itu dikatakan sudah berpisah dengan isterinya dipercayai warga Thailand yang meninggalkan rumah sebulan lalu.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Bapa mereka yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian menimpa dua beradik itu disedari jirannya apabila terdengar jeritan mereka meminta tolong.

Jiran mereka menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan polis ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu.

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), manakala bapa mereka ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2011. 
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali, berkata dua kanak-kanak itu kelihatan kelaparan ketika ditemui dan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

“Apabila kami berikan roti, mereka memakannya dengan lahap, keadaan mereka amat menyedihkan kerana ditempatkan dalam tandas yang kotor,” katanya sambil menambah kanak-kanak lelaki itu tidak memakai seluar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata JKM sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

"Sementara menunggu siasatan selesai, mereka akan ditempatkan di pusat jagaan JKM mengikut Seksyen 15 Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Kami akan mencadangkan supaya ibu bapa kanak-kanak itu mengikuti sesi kaunseling bagi mengelakkan insiden sama berulang," katanya. 



sumber:berita hairan


*******************




psssttt....setiap pasangan mengharapkan agar sampai ketikanya rumahtangga yang mereka bina akan didatangi tetamu kecil, penyambung zuriat pengikat kasih, mewarisi segala kebaikan siibu dan kehebatan si ayah.

Anak-anak kecil ini kelak diharapkan apabila dewasa menjadi kebanggaan kepada ibubapanya….kebanggaan kepada seluruh ahli keluarga. Berbangga dengan kurniaan anak merupakan naluri manusia dan diiktiraf oleh agama


dalam berita di atas, nampak laa kekejaman seorang ayah kan.. mungkin dia tak berapa pandai menjaga anak-anak terejal since ketiadaan si ibu.. kita atau masyarakat sepatutnya membantu si ayah, sekurang-kurangnya bagitau laa kat mana rumah pengasuh yang sesuai nak anta anak yang terejal/hyperactive.. si ayah pon..Allahu akbar..semoga diberi hidayah! 

siyes, kesian anak tu.. 


Sesungguhnya bagi setiap pohon itu ada buahnya, dan buah hati seorang insan itu ialah anaknya


nak anak satu boleh?? ^__~






Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

Unknown said...

kejam gler bapak die ni...teruk2


December 30, 2011 at 2:59 PM
ziana said...

Ntahlah..nak kata binatang, binatang pun sayang anak..nak rantai pun kat ruang tamu tak leh ke?? Ni kat Toilet..Aduiihhh sayu sungguh rasanya..


December 30, 2011 at 3:46 PM
Unknown said...

Ya Allah kesian budak tu..biasalah budak2 memang la nakal..tp janganlah kejam sampai rantai mereka kena kuurung pulak...adeh!


December 30, 2011 at 4:20 PM
tirahzairi said...

MashaAllah....dunia2..
sedih baca...

ps : from tirah zairi....GBS


December 30, 2011 at 11:56 PM
EmpayarUtama said...

Tak terkata, cuma kesian kat kanak-kanak...


December 31, 2011 at 6:01 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO