Amah Hadapi Hukuman Pancung

on Wednesday, December 28, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم


as salam and hye semua 

terkejut pagi-pagi online berita kuar  berita pancung-pancung nie.. walaupun sebenarnya di Arab Saudi hukuman pancung adalah hukuman biasa..namun akhir-akhir ni meningkat pulak bilangan pesalah untuk hukuman pancung..lebih mengerikan bila mangsa pancungan itu adalah wanita :'( so bad..

Amah Hadapi Hukuman Pancung


JAKARTA – Seorang lagi warga Indonesia berdepan dengan hukuman pancung kerana membunuh majikan yang didakwa cuba merogolnya dan dalam usaha menyelamatkannya, Indonesia menghantar bekas Presiden BJ Habibie untuk menyelamatkan pekerja itu, Tuti Tursilawati.
Menurut laporan, majikannya mendera Tuti secara seksual ketika bekerja. Pada 11 Mei 2010, majikannya didakwa cuba merogolnya tetapi Tuti memukulnya dengan kayu untuk mempertahankan diri. Majikannya mati akibat pukulan itu.
Tuti kemudian melarikan diri dengan membawa barangan milik lelaki itu bernilai 31,500 riyal (RM26,484) dan seutas jam tangan.
Ketika siasatan dijalankan pada 18 Mei 2010, Tuti yang ditemani kakitangan Konsul Besar Indonesia di Jeddah, mengaku melakukan pembunuhan dan mencuri.
Ketua Agensi Perlindungan dan Penempatan Pekerja Asing Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat, berkata keluarga mangsa memfailkan petisyen dengan meminta mahkamah Arab Saudi melepaskan Tuti daripada hukuman mati.
Walaupun dengan perantaraan pihak berkuasa Arab Saudi, keluarga terbabit enggan menukar hukuman mati dengan wang.
Sehubungan itu, Jumhur gembira bekas Presiden Indonesia berkenaan melakukan misi untuk menyelamatkan pekerja berusia 27 tahun itu.
Jumhur berkata, dia sudah bertemu Habibie untuk menyampaikan harapannya supaya bekas presiden itu dapat menyelamatkan warga negara mereka daripada tali gantung.
Tuti yang juga ibu tunggal kepada anak lelaki berusia enam tahun berasal dari kampung Cikeusik, Majalengkat, Jawa Barat.
Dia dihantar ke Arab Saudi oleh agensi PT Arunda Bayu pada 5 September 2009 dan bekerja dengan keluarga Suud Malhaq Al Utaibi di bandar Thaif.
Bapanya, Ali Warjuki, yang turut dikenali sebagai Dudu, ke pejabat BNP2TKI di Jakarta pada 5 Oktober lalu ditemani aktivis Kesatuan Pekerja Asing Indonesia (SBMI) bagi menggesa kerajaan berusaha membebaskan Tuti daripada dipancung.
Menurut Jumhur, Habibie ke Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu dan akan bertemu ketua Pasukan Bertindak bagi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia di Riyadh, Maftuh Basyuni.
Pada 6 Oktober 2011, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghantar surat kepada pemerintah Arab Saudi meminta bantuan mereka supaya memujuk keluarga majikan memberi keampunan kepada Tuti. – Agensi
sumber:Harian Metro Online

pssstt..kena siasat semula kot..kesian dia..dah la jadi mangsa sexual harassment, kena pancung pulak.. in fact, hukuman sebegini membuatkan kita terfikir-terfikir untuk membuat jahat sekaligus mengurangkan kadar jenayah, setakat masuk penjara, nanti keluar buat jahat semula..tapi, kalau lah aku di tempat amah yang malang tu,   aku pun akan sedaya upaya menyelamatkan diri dari dirogol..haish..na'uzubillah.. perempuan nie bukan kat luar jer dalam risiko merbahaya, dalam rumah sendiri pon boleh jadi tak selamat..jadi, di mana tempat yang paling selamat??? berdoa sahajalah.. :I
Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

Muna rahimah said...

Ya Allah . simpang malaikat empatpuluhempat


December 28, 2011 at 8:18 AM
Admin said...

mcm x adil je kan keputusan ni..bunuh sebab pertahankan diri..x kan pancung jugak kot


December 28, 2011 at 8:23 AM
Diari Si Froggie said...

nak psst gak la.. pssstttt!! macam tak adil je perempuan tu dijatuhkan hukuman pasal mempertahankan diri dari dirogol, wajar la kot dia mempertahankan diri. oh jauhkan la diri kita dari ini semua.


December 28, 2011 at 9:25 AM
fiezah91 said...

tak adil la dia dipancung sebab nak mempertahankan diri dari jiran. malangnya. dah la jadi mangsa rogol lagi kena pancung


December 28, 2011 at 2:36 PM
wachak said...

ada ke org yg dah nk kena rogol, dia ketok yg tukang nk rogol tu sampai mati. selepas tu dia sempat lagi nk mencuri. Kalau anda bagai mana, nk selamatkan diri ke atau nk sebat harta lelaki tu.

ada keraguan timbul disitu. takut berita ni dipusing untuk tujuan simpati ataupun utk kita sesama muslim mempersoalkan hukuman yg telah dijatuhkan.

Hanya Allah yg mengetahui.


December 28, 2011 at 9:38 PM
Unknown said...

aduh malang nasib die..gara2 pertahankan diri dr kena rogol kena pancung pulak...kesiannya..


December 28, 2011 at 9:41 PM
Ayie Abas said...

betul ker sekadar mempertahankan diri...tapi kenapa pulak MENCURI...??? tidak kah ada motif jahat?

siapa yg teraniaya pembnatu rumah tu atau majikan...?

siapa yg membuat cerita...? mustahil majikan yg dah mati dapat menceritakan apa yg telah berlaku?..ermmm


December 29, 2011 at 8:12 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO