BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter. -aku dah marah sgt ni. menggigil2 dah jari tahan marah. berita selanjutnya di SINI
Inilah yang terjadi bila otak berada di tapak kaki. sengal! manusia sekarang semakin hilang pertimbangan.. kerana apa, kerana hati itu semakin menebal titik-titik hitam noda dan dosa. bermula dengan dosa-dosa kecil, acapkali menjadi wadah biasa kehidupan. bermula menjadi permainan nakal yang menyeronokkan, rasukan syaiton kini tidak lagi kebal. kerana apa, kerana semakin jauh dengan Tuhan, malas mengaji, solat diabaikan. aku bukan ustazah yang hebat mahu berceramah pasal agama, tapi aku punya suara bila mana jika tidak diluahkan, hatiku akan bernanah, bengkak dan lama2 akan meletop. hati yang molek, merah, segar, hidup setiap helanya kerana Allah, akan sentiasa sujud dan takut akan azabNYA kelak. apa kau tahu pedihnya azab sehingga engkau betul-betul dapat merasainya?? atau kau mahu merasa dulu baru mungkin kau kembali beramal soleh dan sentiasa berbuat kebaikan?? sengal. aku pon sengal. kerana aku tak dapat menahan marahku.kerana aku menjadi marah oleh nafsuku. oleh amarahku. Allah, ampunkan dosa-dosaku. ampunkan dosa-dosa kami..ampunkan dosa ibu bapa kami. ampunkan dosa guru-guru kami ya Allah... sorry. aku membebel. jangan baca kalau kau tak suka. emo sangat2 sekarang ni.sengal!
{ 14 Comments... read them below or add one }
knpe manusia itu begitu kejam..ak x boleh menerima perbuatan sebegini....ya ALLAH...
October 18, 2011 at 5:52 PM
memang sengal!
October 18, 2011 at 5:58 PM
sedih tgk keadaan bayi.. :(
October 18, 2011 at 6:21 PM
zalim sggh..ptot bunuh je bpk 2..
October 18, 2011 at 6:36 PM
astagfirullah astagfirullah astagfirullah... kejamnya! ya Allah kalau yer tak nak baby banyak cara boleh buat. jangan sampai bunuh. kesian sgt. atas dunia Allah terus balas..
October 18, 2011 at 7:08 PM
nih namanya pandai buat tak pandai simpan.amenda lar..tak tau nak cakap apa dah.
October 18, 2011 at 7:51 PM
sedihnya... awatla buat lagu tu.... bod*&$#, ban#%^, @3#$!!!
October 18, 2011 at 7:53 PM
aku.. (kata ganti diri bila sakit ati) aku memang sakit ati bila baca benda cegini....arghraaaaam punya budak, kesian baby tu..org yg xde anak kemaruk nak anak, tapi dia???????????
October 18, 2011 at 9:20 PM
memang dia sudah hilang kewarasan....
October 18, 2011 at 10:10 PM
perit hati dengar berita sebegini~
October 18, 2011 at 10:48 PM
sedih..semoga Allah bg hidayah kepada hambaNya ni..
October 18, 2011 at 10:49 PM
kejam sungguh..tak tercapai akal tak sangka manusia sekejam ini..bayi yang tak berdosa jadi mangsa..sadis..sedih
October 18, 2011 at 11:02 PM
Apabila Syaitan menguasai Nafsu, Apabila Syaitan Menguasai Akal..Inilah yg terjadi..Moga jadi iktibar utk kita semua
October 19, 2011 at 12:39 PM
apa jenis manusia nih? binatang pun tak buat anak dia macam tuh.. geram
October 19, 2011 at 3:14 PM
Post a Comment