Cerita ceriti ceritu | Shasha and her innocent mother. erk

on Friday, July 22, 2011

Salam semua.. :)

currently i sedikit serabut dengan kerja yang pelbagai serta menghadap ragam budak yang memeningkan kepala. but anyhw aku terusan happy, ada apa2 problem pon i okay jer.. selagi aku dapat mengajar, aku happy. :) 

Oh btw, ada sesuatu yang aku nak kongsikan. coretan seorang cikgu yang luluh hatinya.. kenapa luluh meluluh nieeee????  ermmm... ini kisah murid suka pnnteng bernama shasha dan ibunya yang innocent.

jam pukul 9.45 pagi, kereta diparking halaman rumah shasha  di dalam kereta, cikgu H dan cikgu F saling memandang.bisu. sebiji rumah kini bakal diserbu.. ngeh ngehh...

Cikgu F: kak H, jom!
Cikgu H: Okay F!! excited nampak? haha
Cikgu F: hihi.. xdelah kak.. cume tak sabar nak tahu keadaan sebenar...

kami bersemangat.Lillahi Ta'ala.. Allah..yassirna.Tuhan, permudahkan urusan kami.

Cikgu H: Assalamualaikummm..shasha!! Assalamualaikummm!!

Allah..rumah ker pusat pelupusan sampah nie...kulit durian sejak bila lah agaknya tu.. tak sabar nak terjah, ntah bagaimana pula keadaan di dalam. 

aiyak. rumah ape nieee... >__<" tekak naik mual.. serabut. sepah. busyuk. jap nak bayangkan bagaimana  mereka sekeluarga boleh bernafas dalam keadaan begini..Allah..kasihan shasha...

tiba-tiba muncul seorang makcik lewat 40-an, mengendong bayi sekitar 5-6 bulan, memimpin lagi seorang budak lingkungan satu atau dua tahun.. comot mulut baby tu dengan sisa durian (sebab terhidu bau durian yang menyengat) aduh kasihan anak kecil begitu sudah disumbat durian. rambutnya nampak keras.. lalat beserta langau tak sudah sudah menghinggap. kasihannya.. cikgu H bilang kanak2 dua orang itu cucunya..

Si ayah berkain gmbang tidak berbaju. duduknya nampak tak senang, nampak bersembunyi di dapur rumah. takut dengan kami ker.  nak takut kenapeeee??? 

"maaf lah cikgu.. rumah bersepah sikit.." kata si emak

err..sikit ker macam nie.. bisik cikgu F dalam hati

"Oh takpe makcik.. shasha mana ye.." tanya cikgu F sambil memanjang manjangkan leher. mencari kelibat si shasha

"errr..ermm shasha masih tidur cikgu, memang susah nak bangun budak tu. degil!"

sambung makcik tu lagi

"shashaaaaaa!!! bangunnnnn!! cikgu datang nihhh!!! shasha a!" jeritnya sampai termengah-mengah. menjerit sambil mengendong beban bayi.memanglah penat

Cikgu F dan Cikgu H terus membisu. memerhati sekeliling. dilihat, lusuh benar segala isi di dalam rumah. kesan hitam melekat di mana-mana. tebalnya daki di kerusi, meja, malah di langsir juga seperti tak pernah dijaga.. rasanya lantai itu dimop pon tidak..

cikgu H bersuara perlahan: 
"kau jangan buat muka terkejut sangat F.. di kampung ini memang biasa akak tengok rumah-rumah keadaanya yang seperti kau lihat sekarang.."

Cikgu H menyambung:
"kau tengok lah anak-anak mereka di sekolah bagaimana.. selalu sangat kita mandikan di sekolah kn.."

Cikgu F angguk-angguk tanda faham.. 

sungguh. cikgu F terkejut.sikap bagaimanakah ibu bapa seperti itu??? aduh.pening.kepalanya pening

"pap papp pap!!"

"mak kata bangun bangunlahhh. nak kena bantai jugak baru nak bangunn! cepat!"

"huwaaaaaaaaaa..huu huu..huu" shasha menangis. sedunya kuat dan jelas. 

"cepat bukak baju tuh.pakai baju sekolah ni cepat!! mana kasut sekolah kau???"

kedua cikgu tadi terus mencari arah suara itu. nahh nampak juga shasha sedang dipulas pulas isi lengannya.. aduh..kasihan.. laju airmata anak itu. wajahnya nampak kusam dan mungkin masam.(budak budak..bangun tido memang masam) sakit sangatlah lah tu..mak dia dok bantai lagi tadi

sekejap2 makcik tadi menepuk kuat belakang shasha  diselang seli dengan tarikan rakus dan cubitan yang keras. aduhh..sabar shasha.. 

"mak malu tahu cikgu datang rumah ambil kauuu..cepat pakaii kasutttttt."

"paapp!!" sekali lagi betis shasha dipukul 

hurm tahu pulak malu..tapi mengapa lagi tadi tak mahu kejut shasha n siap-siapkannya untuk ke sekOlah? ah. pening. cikgu F tak fahammmmm >__<" atau si ibu hanya berpura-pura???? berlagak innocent sedangkan sendiri yang mengabaikan tanggugjawab??? ahhh cikgu F bertambah pening.

tu kasut dipakai atas tempat tidur, apehal pula??? aduhhh.. mengapa kebersihan pun tak dijagaaaaa. telinga cikgu F dirasa hangat. mungkin berasap

beberapa kali cikgu F perasan kelibat sepasang lelaki dan perempuan.. si lelaki berkain gombang tidak berbaju, dan si perempuan cuma bersinglet bersama short pant. berkepit saja.. baru kahwin kot..getus hatinya. gelak-gelak manja..mesra gitu.. yang anehnya, si adik tidak ke sekolah, mengapa tak pernah kesah???? curiOus @__@

hampir 10 minit shasha an ibunya berlawan enggan dan paksaan.. amisya akhirnya mengalah, baju sekOlah yang comot tersarung jua. tanpa mandi dan jauh sekali gOsok gigi, shasha sekarang sudah siap untuk dipaksa menaiki kereta dan dibawa ke sekolah pula.. langkahnya lambat. lemah

dalam kereta puas cikgu F dan cikgu H memberi kata perangsang, janji2 best, dan motivasi yang lain.. hmm doa cikgu berdua ini tak putus untuk kamu shasha. cikgu2 lain jugak menyayangi kamu..

cikgu H mengkhabarkan, sepasang lelaki dan perempuan tadi bakal dinikahkan sabtu ini. Allah. yeker?? errr abes... tadi...maksudnya.... Allah....jauhkanlah kami dari BALA!!

tension T__T

back to shasha

si budak pantul linus

bukankah tanggungjawab parents menjaga hak, kebajikan, keperluan dan kebersihan anak2.. ibu yang baik takkan biarkan kuku anaknya hitam terlekat tanah dan kotoran..takkan diabaikan makan pakai dan tempat tinggal. Allah.. 

kecewa.. buntu..cikgu risau akan masa depan kamu

thoughts went empty. tak tahu dah nak cerita macam mana lagi

tolong doakan shasha ye!

wallau a'alam


**shasha bukan nama sebenar





Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

miranadia said...

ibubapa punya cerita
budak jadi mangsa

teruskan perjuangan cikgu!


July 23, 2011 at 8:37 AM
Encik JI said...

ibu tu penat sgt kot. smpai xsmpt nk jga anknya.

tp tulah hakikatnya,betapa susahnya nk jga anak .


July 23, 2011 at 8:57 AM
ghost said...

mesti banyak benda bersarang dalam kepala budak sekecil itu kan..macam-macam yang dia impikan.pandangan matanya mungkin kosong tapi dia simpan.aku tau dia akan simpan sampai satu masa kelak dia lepaskan...


July 24, 2011 at 10:57 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO