pertama sekali, thanks a lot buat semua pengunjung blOg yang xseberapa nie. wadahnya yang bukan2 saja.. lama aku xberkOngsi ma'rifah.. asyik seronok menceritakan ehwal sendiri. haish. sOrry kawan2.. :) bukan apa.. di muka blOg inilah aku bOleh bercerita apa saja exclude bercerita-cerita kat sekOlah.. kat mak. hehe.. lain tempat bercerita, lain mOodnya tau.. di blog ni i prefer bercerita untuk mencari kepuasan.. yelah.kalo bercerita dengan budak2 kt sekolah, terbantut dgn masa yg terhad... kalo cerita dengan emak, bOsan pulak dia.. sampaikan setiap kali aku belum sempat membuka mulut, mak dah tanya "ha....cerita ape pulak hari ni????" keh keh
okay.okay..ini bukan pOkok cerita yang sebenar untuk tajuk kerenah si gila..
hampir2 tiba di traffic light, yang kuning bertukar menjadi merah, mendengus sekejap. haish merah pulak. lamanya nak tunggu 99 saat. aku lirik mata ke kanan, oh banyak juga kereta di tengah2 bandar kecil ni. aku tOleh ke kiri, ehh..siapa tu???? semacam menarik! aku perhatikan betul betul. emh emh.. (sambil geleng2 kepala) kesian. Orang yang sudah hilang siuman, begitulah.. terkinja kinja di bahu jalan. di khalayak pula.. lagaknya seperti sedang menunggang, menari-nari bersama tunggangannya. syOk main kuda kepang kOt..
sekejap-sekejap dia angkat kaki kiri, pusing2, terlompat lompat. siap buat lapping lagi. seronok sungguh dia. hala badannya bertukar arah, diangkat pula kaki kanan, terlompat-lompat. sempat lagi dipetiknya bunga raya jingga di tepi jalan. disuap ke dalam mulut, dikunyah2. sisa bunga raya dicampak ke tepi. si polan tampak riang. aku mengucap panjang. kasihan.. apa agaknya yang berlaku kat si pOlan tu yer. apa yang dia rasa? dunia apa yang dikhayalinya? muda lagi tu.. pakainya tak lusuh. tapi tak la smart.. beralas juga kakinya.
sibuk Otak aku memikirkan dia. tiba2 bunyi hOn menerjah ke telinga. adoii. kuatnya, sorry pakcik persona. cepat2 aku tukar gear drive, kereta pinjamku meluncur perlahan, sengaja aku tidak menderaskan paddle. aku tOleh sekejap, oh die masih terkinja-kinja.kasihan..
aku agak, itu spesis manusia tidak siuman.. kalau siuman, takkanlah dia nak buat macam tu.. kalau siuman, takkanlah die tak perasan banyak mata yang memerhatikannya..kasihan.. muka lawa, tapi gila. bagi aku, orang siuman mencari bahagia, tapi orang yang tidak siuman mencari bala.sengaja merosakkan diri. bukan kah mencari bahagia tu fitrah manusia?? tidak pernah ada manusia yang tidak menginginkannya.. namun persepsi manusia mencari bahagia itu dalam pelbagai bentuk, ada yang memikirkan bahagia dengan bmw hasil MLM, atau mungkin bahagia dengan sedutan dunhill di belakang isteri, atau mungkin bahagia dengan pandu laju tak ingat dunia, atau mungkin bahagia dengan kesembuhan selepas diuji sakit.. atau macam-macam lagi kemungkinan yang dia rasakan disenanginya..
kerenah si gila tadi sudah pasti merasa bahagia dengan ketaksuban amalannya..kasihan..
ramai manusia kata, bahagia tu datang dari kekuatan luaran, merasakan bahagia saat diri adalah hartawan, rupawan, negarawan, bangsawan, dan pelbagai lagi wan. tapi manusia selalu tidak tahu elizabeth tylor menderita sebab potongan badannya, john lenon pun mati dibunuh juga walaupun dipuja berjuta kipas susah mati. Lady Diana, Paris Hilton,Christina onasis, malang nasib mereka walau harta berkepuk-kepuk, cantik segala idaman semua.. ah manusia.. seringkali dia lupa, Allah berpesan: “Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.”
kamu ampuh berfikir bukan.. renung-renungkanlah. saat jasad menyeru roh dimasukkan dari Sang Kholiq, apa janji kita?? Allah Tuhanku..Muhammad Nabiku..AlQuran junjunganku...
sO..moralnya..usahlah taksub sangat..kalu tidak jadilah seperti si gila bersama kerenahnya yang aku tontOn percuma di tepi jalan tadi. bukan saja maruah diri dan keluarga tercemar, agama pun tertempias.. Islam tidak sesekali mendidik umatnya begitu.. bersederhanalah.itu lebih baik.
Ah aku membebel panjang. okay okay..nak abes dah..
hakikatnya..hidup aku pun sejak 2 menjak nie agak mengelirukan. sedikit serabut. serabut yang membuatkan aku selalu panas hati.. bingung dan selalu buat kerja TAK menjadi. ada saja yang tak kena. @_@ tapi aku tersangat bersyukur sebab aku punya sikap cepat sedar. ntah macam mana. automatik tersedar. T__T mujur masih ada pedoman..hati masih tertunjuk..akal masih terarah. terima kasih Tuhan..
sekian untuk hari ini. bubbye~ salaamualaikum!
{ 1 Comments... read them below or add one }
pernah ditanya pada aku apa itu bahagia...
dan aku menjawabnya dengan mudah.bagi aku bahagia itu apa yang kita rasa.bahagia itu RASA.
June 18, 2011 at 11:07 PM
Post a Comment