cik lisa perlu diisi perutnya. okey okey. cik lisa sabar ok. dah isi dah..cukup 5 hari cOnfirm aku isi.. :) (5hari=rm50 ron 97. satu liter ron97=rm2.70. rm50 ron 97=I8 liter jer. what?? ) mencongak-cOngak seketika. pandangan aku buang jauh2 dari jendela cik lisa. samar2 aku terlihat seOrang budak perempuan, berbaju kurung, bersama sling bag, ditangannya ada benda. benda apa aku tak pasti.(tak nampOk.heh) she's heading to me. mungkin ini anak yatim nak mintak derma.
"Assalamualaikum kakak..saye dari rumah anak yatim al amin. kakak boleh beli CD nasyid ni sambil menderma" (mimik muka yang kasihan.. tuturnya perlahan, alis matanya persis sin chan, bila kening yang rata terbentuk kebawah hujungnya, riak wajah seperti sangat menyedihkan)
hah aku dah agak.. malas nak cakap banyak, aku hulur beberapa nOt kecil. setahu aku, tiada pula nama rumah anak yatim yang disebut dalam daerah ini. ah biarlah. tak ada masa nak memikirnya. Otak sedang berkira-kira untuk men'settel'kan esaimen bile tiba di rumah nanti. aku bz. bz yang aku bina.
*******************
Di sekolah, rehat hour..
Apesal laa budak neh tenung aku lagi tadi. aku tenung dia semula. cepat2 dialihkan anak matanya. haa..tahu takutt.. buat-buat tak tahu kunun..
"fatin, kenapa kamu asyik tenung saya???"
"cikgu, baju tu sama lah macam yang cikgu pakai hari khamis aritu kan??"
"hah..ermm..iyer sama. cikgu suka baju ni sebab tu cikgu pakai banyak kali"
demm. in fact aku tak perasan yang aku dah pakai baju tu minggu lepas. sungguh 'busy'kah aku hingga baju yang aku pakai berulang kali pon aku tak perasannnn... aiyak~
*******************
begitulah senario yang telah pun berlaku ke atas cikgu yang telah lebam matanya kini. @_@ bila difikir-fikir semula, ada banyak perkara yang berlaku tanpa aku sedar. sedar-sedar sahaja harini sudah hari jumaat. oh cepat benar masa berlalu. tak sempat akal mahu bertindak, tempOh usai ke akhirnya. ah inikah dia tanda-tanda zaman menghampiri penghujungnya?? tidak bOleh tidak, kita harus akur bahwa bumi sudah usang,sangat tua.
aku perhatikan, bila busy maka I00% fOkus diberikan supaya kerja settle tepat pada masanya. bila busy beerti masa dirasakan sempit. terkadang dirasa tiada ruang untuk bernafas pon. adakalanya TERubah rutin seharian, speedy driving, makan cepat-cepat, mandi laju-laju. Dan bila busy juga bermakna kuranglah masa untuk berehat, tidur, bermain dan yang seumpama dengannya.
aku sedar, busy melampau punya penuh hikmah. sesuai dengan jiwa yang sunyi, fikiran yang selalu empty, maka terhindarlah dari perlakuan membuang masa. Berkuranglah masa dari bersantai mendengarkan lagu-lagu kegemaran, atau hiburan-hiburan sebelum mati. berkurang juga masa untuk rutin berblOgwalking. cuma singgah sekejap-sekejap ke blOg paling digemari. hoh~ indirectly maksiat hati, mata mulut da telinga dapat dihindarkan. (agaknya kalo semua penjenayah benar-benar busy, mesti takde masa nak buat membunuh merompak merogOl dsb)
paling terkesan bila busy, selalu memohOn kepadaNYA agar diberi kekuatan diri. segala urusan dipermudahi. risau juga bila sibuk dengan urusan duniawi, diri tergOlong dalam kalangan hambaNYA yang LALAI. ah, orang yang lalai itu selaluya rugi. aku tak mahu jadi seOrang manusia yang rugi(tanda seru) cuma satu,tidak lekang dari kOtak hati, mohOn semuanya diberkati supaya tidak hadir istilah sia-sia.
Sejenak, aku kagum dengan peribadi khalifah Allah Saiyidina Umar r.a. Taqwanya sangat mengujakan. tegasnya dalam menguruskan tanggungjawab juga mengasyikkan. bila seOrang sahabat bertanya kepadanya mengapa sedikit sekali tidur pada malam hari. beliau menjawab "aku takut urusanku dengan Tuhanku tidak selesai". ketika ditanya mengapa seikit sekali beliau tidur di siang hari, maka beliau menjawab: "Aku takut urusanku dengan manusia tidak selesai"
Ah jauh sangat beza kisah peribadinya dengan kisah cikgu tatih2 ini. nafas ditarik dalam-dalammm. dasar taklifan khalifah diletakkan di bahu kecil ini, mengapa harus di utamakn kerja-kerja yang tak pernah ada sudahnya. Allah..hidayahMu sangat luas. mohon pentunjukMu ya Allah. kerja dalam ibadat. ibadat dalam bekerja. penting untuk seimbang.fullstop. Allahu Yusaa'iduna~
:)
pssstt..mlm nie free sat. nak blogwalking jenguk kawan2. rindu~
pssstt..mlm nie free sat. nak blogwalking jenguk kawan2. rindu~
{ 16 Comments... read them below or add one }
cikgu, bawak bertenang nnt kelam kabut..huuuuu
April 8, 2011 at 11:06 PM
Assalam..waa,bznye cikgu...sye igt kerja cikgu laa plaing byk mase free..huhu
sebab tu ade rase nk jdi cikgu..:)
April 9, 2011 at 8:02 AM
cikgu...apalah sangat kalau nak pakai baju yang dipakai minggu lepas...takkan sekali jer baju tuh nak dipakai...cuba bayangkan mereka yang memakai uniform yang sama setiap hari...
kesibukan menjadikan manusia tahu menghargai masa yang ada.
April 10, 2011 at 4:47 AM
@peguam bisaya
yer..tenang dah nie bisaya :)
@nur aisya humaira
wsalam..xsenang jd cegu aisya~ nak tahu try la,hihi :)
@ghost
ghost..ghost kena faham..cikgu nie mcm satu entiti yg sentiasa diperhatikan. setiap apa yg ditampilkan akan dipersoalkan.. (excuse semata2.hihi)
sebenany sy bkn kesah sgt pon mengenai pemakaian.tp sejak mjadi guru ni, byk lifestyle yg berubah..sentiasa nk menonjolkan yg terbaik.xmahu ada rasa kurang. even baju pon kena penuh 2almari br bersemangat nk bekerja..
ntah la ghost,terkadang sikap sy nmpk pasif/complicated terhadap perkara yg remeh..tak tahu lah knp, nk kate mahu monopouse br usia 24++ >.<"
April 10, 2011 at 7:06 AM
kenapa complicated...?
sebab cikgu sendiri yang komplekskannya..cikgu cuma berhadapan dengan anak murid,bukan ruang yang lebih luas.mau kah cikgu kalau satu masa nanti anak murid bakal menentukan apa yang perlu dipakai oleh cikgu mereka?
"ouh,cikgu..saya nak cikgu pakai baju macam nih.."
"cikgu,taknak lar baju nih,nak fesyen yang macam nih..."
"rasanya cikgu tak sesuai lar pakai baju nih..baju yang hari tuh lagi bagus..."
sori...hihi.sebenarnya kan..cikgu tuh berhak pilih apa yang dia maukan dalam membuat yang terbaik..
April 10, 2011 at 7:21 AM
haha~ benar telahan kamu ini ghost.sungguh.sungguh menusuk.
sy kurang pasti ats sikap murid yg bertanya..mungkin dia menyukai sy.sengaja menilai sy.mungkin die takde kerja lain selain memerhatikan cikgunya..dan secara kebetulan cikgu yg mmg sedang serabut otaknya berasa teguran murid tu seolah menjengkelkan dirinya..
ghost, kamu sengaja je kn buat pernyataan tu..... :)
April 10, 2011 at 7:42 AM
wei kak oi...ko pkai kete pe smp gune ron 97???BMW@mecedes??? gila la...
April 10, 2011 at 9:22 AM
wei kak oi...ko pkai kete pe smp gune ron 97???BMW@mecedes??? gila la...
April 10, 2011 at 9:23 AM
@rashed
keh keh.. kelisa jer..jaga engine beb :)
April 10, 2011 at 10:36 AM
Bagus betul anak2 murid sekarang...
Baju ckg pun dihafalnya pakai k blm...=)
April 10, 2011 at 10:38 AM
kesabaran amat diperlukan disini .hehehe
April 10, 2011 at 10:39 AM
@hadi
bagus jugak la..cegu jd lebih aware afterwards..heh :)
@nelly
yer nelly.sabo je le :)
April 10, 2011 at 11:40 AM
wahh segan nye bila orang perasan baju dah pakai last week.as for me baju kurung dah la sikit.baju tu je la yng rotate.kalo jadi cikgu ni mesti slalu kena tegur.huhu
April 15, 2011 at 4:14 PM
Salam Ziarah..
dtg mmbalas knjungan ^_^.
ish3.. smpai cmtu skali bz nyer.. hehe. Sy klau bz.. agak stress jgk la.. smue bnde bleh jd x kne.. bngunan yg btul pn nmpak senget...haha. itu klau kronik..hik2
April 15, 2011 at 11:35 PM
Wah. begini ya kerjaya murobbiyah~ Pakai baju apa pun org pasan. haha
April 17, 2011 at 7:35 AM
memang disengajakan sebab kita sebenarnya nampak lebih ingin dipuji dengan penampilan kita cikgu...
April 19, 2011 at 3:49 AM
Post a Comment