Kaitan Mood Wanita Dengan Tanah, Api, Air, Dan Angin

on Monday, July 23, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Kaitan Mood Wanita Dengan Tanah,Api,Air, Dan Angin


Mungkin tidak ramai di antara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah,air,api dan angin.Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan.


Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui sanak ke berapa dalam keluarga.

  1. TANAH- anak pertama,kelima,kesembilan
  2. AIR-kedua ,keenam,kesepuluh
  3. API-ketiga,ketujuh,kesebelas
  4. ANGIN-keempat,kelapan,keduabelas
WANITA BERUNSUR TANAH

Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti :

  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh,setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suaminya
  • Sebahagian sifat tanah,wanita jenis ini tidak cerewet,tidak suka bercakap meninggikan diri,tidak menyombong dan bukan seorang pemarah
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami,selalu memberikan galakkan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut,pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suaminya
WANITA BERUNSUR AIR


Air sifatnya bersih dan suci,sejuk,nyaman serta menghilangkan dahaga.Air juga sifatnya mencambahkan benih,menyuburkan serta menyegarkan.Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak dibawaa harus hidup
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak
  • Menenangkan hati suami bila suami menghadapi masalah
WANITA BERUNSUR API


Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam.Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak.Wanita bersifat api :

  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu
  • Cergas dan cepat dalam gerak laku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan rumah tangga
  • Penasihat yang baik kepada suami
  • Pandai dan cekap menguruskan rumah tangga.Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suaminya
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan
WANITA BERUNSUR ANGIN


Angin meredakan kehangatan,menjadi sumber tenaga.Wanita berunsur angin :

  • Mempunyai sifat yang lemah-lembut dan menyenangkan suami
  • Mudah disukai ramai
  • Tidak suka membantah,malah cukup mendengar kata
SUMBER 

pssstt...Mine is an air.. :)
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

Lady ★ Hanna said...

saya unusr tanah ;) wah. kembang kejap. haha. bagus btol ;)


July 23, 2012 at 11:53 PM
MyraQhairel said...

Me Api and husband pon api..cemane tuu...tpi bnyk mengalah is me!..


July 24, 2012 at 11:40 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO