Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
{ 12 Comments... read them below or add one }
wah bgus perkongsian nie...:)
June 27, 2012 at 4:59 PM
x baru dah pengantin lama dah
June 27, 2012 at 5:20 PM
thanks 4 sharing nie ckgu!=)
June 27, 2012 at 6:12 PM
semua jenis susu ke yer?
June 27, 2012 at 6:18 PM
4 jenis semua jijah elakkan.. tapi tu la belum sampai rezekinya lagi...huhuhu
June 27, 2012 at 8:47 PM
ayie dah lama ada salinan photostat....mengenai pesan nabi SAW pd saidina ali r.a nih....
tapi bila baca di entry blog jaja..ayie rasa mendapat pengetahuan baru...
terima kasih jaja....perkongsian yg sgt bermanfaat. ^__^
June 28, 2012 at 1:51 AM
nice sharing.. thank u.. :)
June 28, 2012 at 11:09 PM
apa status hadis ini? sahih? dhaif or paslsu?
July 10, 2012 at 2:43 PM
assalamualaikum.
maaf, skdr perkongsian. sy pernah dgr bhw hadis diatas ialah hadis palsu. lgpun cuka adalah antara mknn kegemaran Rasulullah s.a.w. namun sy buknlah ahli dlm ulum hadis. mohon semak dgn yg lebih arif
February 20, 2013 at 8:27 AM
Bukan kah.sunah rasul memberi isteri minum segelas susu semasa malam pertama.Dan meminum susu tue dr bekas bibir isteri?mohon kepastian
March 14, 2013 at 10:10 PM
Bukankah sunah nabi memberi isteri minum susu pada malam pertama dan meminum susu ditempat bekas bibir isteri.?mohon penjelasan
March 14, 2013 at 10:12 PM
Bukan kah.sunah rasul memberi isteri minum segelas susu semasa malam pertama.Dan meminum susu tue dr bekas bibir isteri?mohon kepastian
March 14, 2013 at 10:13 PM
Post a Comment