im back :)
selepas hampir 3minggu..selesai juga segala latihan-latihan perguruan. (latihan disebut berganda maksudnya latihan yang banyak.urhh!)
memang sedikit perit. banyak ujian perguruan yang jaja wajib jalani. rasa sedikit sukar, barangkali kerana ketepuan otak dan neuron kian menyempit. maklum lah..sudah tua. semua jadi liat. malas benar mahu mengulangkaji. syukur tiada urat yang terputus. kalau tidak, tak dapat lah jaja menulis di sini lagi :p
perkara pertama yang jaja cari usai segala urusan adalah bantal. ahh..mmg segar rasanya bila kita peroleh tidur yang nyenyak, nyaman, tiada gangguan malah no worries! heh
duduk duduk di pangkin rumah, jaja perasan sekeping nota yang unjurannya memanjang. ditindih penjurunya dengan belakang tapak pasu.
ohh bil api..
"haa..bil api dah sampai??" tegur emak dari belakang
"ha a mak..dah sampai. murahnya" sahut jaja keriangan.
"berapa??"
"68 hengget 71 sen" jawab si jaja pasti.
"murah lahh..sebab eja pergi kursus.."
"erk!" =.="
-end-
psssttt..jaja pemangkin bil elektrik yang tinggi :P
{ 2 Comments... read them below or add one }
muahahahaha pecah rasia
June 14, 2012 at 4:55 PM
68 ringgit lebih murah...?
selalunya bil elektrik dirumah jaja...secara purata sebulan berapa? :D
June 14, 2012 at 5:35 PM
Post a Comment