Tanam anak hidup hidup ikut nasihat tukang tilik

on Tuesday, April 17, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan dan menjadikan manusia semulia-mulia makhluk ciptaan-Nya. Keunikan ciptaan manusia banyak disebut dalam al-Quran bertujuan mengajak manusia berfikir mengenai kehebatan dan keagungan Allah. Namun ciptaan Allah yang hebat ini disia-siakan, sehingga kelahiran manusia yang cukup sempurna segala sifat ini sanggup dibiar, dibuang dan dibunuh tanpa pertimbangan yang waras disebabkan malu kepada manusia di atas keterlanjuran perbuatan terkutuknya.
Peristiwa hitam yang berlaku ribuan tahun dulu kini berulang cuma dalam bentuk dan skrip yang berbeza. Jika pada zaman kegelapan, iaitu zaman Jahiliah masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana malu dan kononnya bagi mempertahankan maruah diri dan keluarga. haihh macam macam.
******************
Tanam anak hidup hidup ikut nasihat tukang tilik


UTTAR PRADESH – Sepasang suami isteri sanggup menanam anak mereka berumur sembilan hari hidup-hidup, gara-gara terlalu percaya dengan ramalan diberikan oleh seorang tukang tilik di Hapur, utara India.
Akhbar tempatan melaporkan, tukang tilik dikenali sebagai Nizaam itu, menyuruh pasangan Kiran Pal, 37, dan isterinya menanam bayi kelima mereka yang ditempatkan di dalam periuk tanah sedalam 0.9 meter di belakang rumah pada Khamis lalu.
Menurut tukang tilik tersebut, tindakan menanam bayi itu kononnya dapat memanjangkan umur memandangkan keempat-empat anak mereka sebelum ini, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan.Hasil daripada maklumat beberapa jiran, bayi malang tersebut ditemui masih hidup oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu, sungguhpun telah tertanam hampir 24 jam.
Sinar
psssttt...tanam la pokok durian ke pokok rambutan ke..sedap jugak bila berbuah nanti..
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

shahjiehan said...

macam kisah umar yang menanam anaknya hidup2 ketika zaman jahiliahnya....


April 17, 2012 at 6:56 PM
Ayie Abas said...

dah kena tanam 24 jam masih lagi hidup?

ayie rasa mungkin ibubapanya ada sediakan lubang utk pernafasan agaknya?

kepercayaan karut mudah dipercayai oleh orang2 yg terdesak....spt pasangan suami isteri itu.


April 17, 2012 at 7:01 PM
Salina Mat Isa said...

klu ada org islam buat camtu tk tau nk ckp ape..


April 17, 2012 at 8:54 PM
Cikgu Ma said...

khurafat sekarang kdg2 sangat ganas...

**ja, kau dah kena observe bersama lum?


April 17, 2012 at 9:05 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO