Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg

on Saturday, April 7, 2012


Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg

BOGOTA – Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.
Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.
Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.
Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.
Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.
Sinar

Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

Nabiel said...

macam2 sangat nie..huhu
seram lak dgo..tk dpt bygkan budak sekecil itu bersalin..


April 8, 2012 at 5:08 AM
ghost said...

marcapada! marcapada!

tradisi dan kebiasaan. adat dan daulat. macam-macam.


April 8, 2012 at 2:41 PM
Ayie Abas said...

10 tahun dah jadi ibu...nampaknya dia akan dewasa dgn cepat dari usianya.


April 8, 2012 at 5:53 PM
cik bulan said...

aiyok. org yg dah tua ni pon xpikir lg nk ngandung bagai dia ni dah ada anak plak. fuh..nnt mesti jadi macam adik kakak je. muda sgt maknye pong..--''


April 9, 2012 at 5:33 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO