‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

on Saturday, April 7, 2012


‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM



1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami  untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......



Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

Abdul Aziz bin Mat said...

Assalam alaikum.

Betul ker wanita yang mati semasa melahirkan anak mati syahid? Ayat mana dalam Al Quran yang mengatakan demikian?


April 7, 2012 at 7:57 PM
Arzman Angah said...

uisshh,,,salah masok blog neyh..ahakz:)


April 7, 2012 at 9:11 PM
armouris said...

terjumpa info ni, pasal mati bersalin... sharing is caring :) - Mati Bersalin Akibat Embolisme Paru-paru


April 9, 2012 at 7:59 PM
Cikgu Jaja™ said...

@Abdul Aziz bin Mat

waalaikumussalam saudara aziz..menurut kefahaman sy, seorang ibu yg mati bersalin sebenarnya mendapat pahala sama seperti seorang yg mati syahid..bukan matinya itu mati syahid..

pernah terbaca mengenai sebuah hadith yg menyebut ttg ini,nnt sy kaji yer..

**psstt jahilnya aku..ilmu xbyk.. :(


April 9, 2012 at 8:54 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO