بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum and hye everyone
Alhamdulillah..berita baik buat keluarga mangsa..syukur mangsa selamat.
KUALA LUMPUR: Remaja yang dilaporkan hilang di Shah Alam dan ditemui semula pada 11 Mac lalu di Bangkok kini menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dengan dikawal ketat anggota polis berpakaian preman.
Dalam tinjauannya ke PPUM, difahamkan remaja dimasukkan ke wad kecemasan dan trauma.
Menurut sumber hospital, pihaknya terpaksa merahsiakan keadaan mangsa atas faktor keselamatan dan pihak media tidak dibenarkan membuat sebarang liputan mengenai mangsa.
Media sebelum ini melaporkan remaja perempuan itu yang berumur 15 tahun ditemui dalam kepenatan di Stesen Kereta Api Hua Lampong selepas berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran antarabangsa yang menculiknya. - BERNAMA
pssstt..felik..kes culik menjadi jadi. curious @.@
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment