KARNIVAL KERJAYA 2012 DI PULAU PINANG PADA 24 MAC 2012

on Monday, March 19, 2012


Orang ramai yang ingin mencari pekerjaan dipelawa mengujungi Karnival Kerjaya 2012 anjuran bersamaJobs Malaysia dengan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai (ILPAP) di Nibong Tebal Sabtu ini 24 Mac 2012. Program itu akan diadakan di ILPAP, Jalan Bukit Panchor di Nibong Tebal bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. 


 


Sebanyak 25 syarikat tempatan dijadual menyertai karnival itu dengan menawarkan lebih 900 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang. Pengunjung juga berpeluang mendaftar dengan Jobs Malaysia dan mengikuti program klinik kerjaya yang turut diadakan pada hari itu.
Dalam karnival sehari itu, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat membuat permohonan masuk ke institusi latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sidang akademik 2012/2013 boleh berbuat demikian melalui aplikasi talian yang disediakan oleh penganjur. SUMBER


Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

Ayie Abas said...

peluang kpd lepasan stpm dan spm utk cari pekerjaan mana yg tak dpt sambung belajar.


March 20, 2012 at 4:53 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO