Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi

on Thursday, December 22, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

as salam and hye everyone..



NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.

Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.


Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain.

Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi. 
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington. 

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.

Kedua-dua planet itu dinamakan sebagai Kepler-20e dan Kepler-20f. - AP



sumber: berita harian




*************


pssstt... Subhanallah..Maha Suci Allah..tiap tiap kejadian itu pasti ada hikmahnya..tapi memang mengarut kalau manusia boleh berpindah ke planet lain. baiklah, kena buka minda..kerana Allah menyukai orang-orang yang menimba pengetahuan. tapi buka juga hati..kerana Qiamat itu sangat pasti..yakin dan percaya pada qada' qadar



Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

afzalsukasuki said...

heh jumpa sahaja..belum sempat nak pndah kiamat akan datang.itu yg pasti!


December 22, 2011 at 12:37 PM
Marina said...

marina bacer sini dan follow... marinafazli.blogspot.com


December 22, 2011 at 2:38 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO