Ariff Alfian Takut Pulang ke Tanah Air

on Friday, December 23, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم
 



lagi rentetan kisah sadis seorang gay..
 jom baca kenapa Ariff Alfian takut pulang ke tanah air


Ariff Alfian Rosli, pelajar Malaysia yang melangsungkan perkahwinan sejenis di Ireland menyatakan ketakutannya untuk pulang ke tanah air.
Dalam kenyataannya kepada akhbar The Irish Times hari ini, Ariff Alfian berkata, dia bimbang dengan keselamatan dirinya jika pulang ke Malaysia
” Saya bimbang dengan keselamatan saya namun ingatan saya masih dengan keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tak pernah mahu perkara ini menjadi berita utama,” katanya kepada akhbar itu.


Dalam pada itu, Ariff Alfian menegaskan yang beliau tidak berhasrat untuk lari daripada tanggungjawabnya dalam melunaskan yuran pengajiannya dengan Petronas.
Katanya, beliau masih berhubung dengan syarikat itu berhubung pembayaran balik yuran berkenaan yang mencecah 200,000 pound.
Petronas sebelum ini mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.
Bagaimanapun ia ditamatkan berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.
Namun mereka mendakwa, sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar Petronas dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.
” Saya tidak mahu lari dari tanggungjawab tersebut atau melepaskannya dari bahu saya,” ujarnya
Menurut Ariff Alfian, antara perkara yang terkandung dalam kontrak pengajiannya dengan Petronas termasuklah berkhidmat dengan syarikat itu bila tamat pengajian, namun dia tidak yakin dapat berbuat demikian disebabkan penglibatannya dalam hubungan sejenis. – Oleh SYAHRIL A. KADIR
sumber:berita hairan
*******************

pssttt..kasihan dia..sama-sama laa kita doakan Ariff Alfian kembali ke jalan yang benar..  Tanpa disedari, diri yang lemah telah menghukum sesama hamba. Sedangkan manusia itu sama tarafnya. Ada masanya melakukan kebaikan, ada masanya pasti ada dosa yang tercalit di hati. Kerana manusia itu bukan sifatnya ma'sum seperti para malaikat yang sentiasa bertasbih. Bezanya tahap manusia itu ada peringkatnya. Jika hari ini kita tertawa akan dosa dan kesilapan orang lain. Tidak siapa tahu kita akan diuji lebih berat dari apa yang dilalui oleh mereka. Adakalanya ego manusia itu membuatkan diri angkuh hingga terlupa dirinya juga akan diuji. Ego itu berjalan seiring pula dengan nafsu. Jika nafsu tidak di kawal, musuhlah akan mengawalnya sehingga menyebabkan perpecahan dan persengketaan dalam hidup manusiakita tak layak menghukum. kerana Allah Maha Menghukum, Allah Maha Pengampun. 

Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

Unknown said...

kan...smoga dia kembali ke pangkal jln2 sebelum terlamabat...pintu taubat sentiasa terbuka :)


December 23, 2011 at 1:36 PM
fiezah91 said...

haih. macam-macam lak. =="


December 23, 2011 at 1:58 PM
Jahirah said...

sama2 kita doakan...amin...


December 23, 2011 at 5:21 PM
Nabiel said...

semoga Allah beri dia petunjuk..dan bila dia pulang ke snie,dia boleh membawa 1000 kebaikan kepada golongan gay yang lain. Blh beri nasihat pada dorang supaya tglkan kemungkaran ini..


December 23, 2011 at 6:56 PM
naiemah_ramli said...

smoga allah mmberi ptunjuk kpdnya..amin.. :)


December 23, 2011 at 10:56 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO