PERISTIWA PALING MENYAYAT HATIKU | SEGMEN BERSAMA SiManis

on Monday, November 14, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

salam 

langsung takde niat nak jadi winner..cuma sangat berpuas hati dapat berkongsi cerita.. lama dah nak cerita..tapi tak tercerita..anyhow thanks kak syima kerana memberi peluang kepada bloggers picisan macam jaja nie untuk bercerita peristiwa paling menyayat hati.. 





hai..jaja ada cerita.sedih bagi jaja. sebab sampai sekarang setiap kali jaja mengaji untuk arwah, memang meleleh air mata juga hidung. mari anak-anak, mari kawan-kawan, nak cerita dh ni.


ini kisah 3tahun lepas. 


berkeriuk pergelangan tangan jaja. rasa lenguh sedikit. sekejap-sekejap jaja pulas perlahan ke kanan ke kiri, jaja tarik-tarik hujung jari manja.heh..kena manja-manja..xleh kuat-kuat, nanti putus pulak jari jemariku yang gemuk nie :p


incoming call.. "hello~ assalamualaikum mak" sambut jaja mesra.. 


"waalaikumussalam..dah makan ja?" soal mak. memang itu soalan wajib dia setiap kali call sejak jaja menjejakkan kaki ke matrikulasi. maklumlah.. tak pernah terlepas pandang tengok jaja makan depan mata dia..tetiba jaja tinggalkan dia jauh..maklumlah..tak pernah duduk asrama sebelum tu kan..hihi.


"sudah mak..baru lepas main kayak nie. lenguh dah tangan ja,hehe" ngadu jaja.. 


"haa..tu laa..tak padan anak dara main yang lasak lasak. bila periksa (exam paper) last??" 


"dah abes dah pereksa tadi mak..last dah tu.. kenapa??" 


"balik cepat ja. abang nazir ada kat kampung ni bawak kak riza" 


"ohh..okay, ingatkan nak balik lambat sikit nak jalan-jalan dulu..hihi. esok eja balik lah mak" 


"hah, iye lah. esok dah sampai bus stand (stesen bas) call mak tahu??" 


"okay...bye mak.muah! assalamualaikum" 


"iye lah. dah2 bye. waalaikumussalam" uiii mak jaja memang straight je kalau bercakap.hehe


ermm..sebenarnya jaja rasa pelik, jarang abang jaja yang seorang tu nak pulang hari-hari bekerja macam ni. biasanya tima raya baru nampak batang hidung. iye lah..kami di johor, dia pula bekerja merantau jauh ke utara tanah air nun.. ade apa eh??? ermm tak ape lah..nanti balik kampung jaja tahu lah kan...huhu~


sampai saja ke muka pintu rumah, terpandang sekujur badan yang kurus kering, berbaring lesu, nampak sangat menderita.. "ya Allah.. kak riza.." (kak riza ni kakak ipar jaja)


"akak sakit ja..dia yang nak sangat balik johor..rindu mak kita katanya..rindu eja.." abang jaja muncul tiba2


"eh banazir, bila sampai?kak riza sakit apa??" bertalu talu soalan jaja


"cancer..breast cancer"


"haaaaa.." melopong terus mulut jaja. memang huduhla gamaknya. lama jaja diam..tanpa jaja sedar, jaja terjilat air mata di tepi bibir. masin. ehh menangis rupanya. emm sedih.. tengok orang sakit tenat for real memang sedih.. jaja terus datang dekat katil kak riza, jaja duduk melutut. perlahan-perlahan jaja usap tangannya.. jaja tenung muka dia.. pipinya dah cengkung. meskipun cengkung, kak riza tetap nampak cun. sebelum sakit pon dia memang sangat cantik..  rapat matanya dipejam. nampak lena tidurnya. ah, lenakah?? ntah-ntah dia tidur dalam kesakitan..


jaja perasan ada luka di payudara kirinya. berbalut kemas, tampak tompok-tompok gelap..berbau tengik sedikit.seperti bau ubat herba.. 


"kak riza kena cancer level 4. fyi doktor suruh abang bawak balik kak riza tu..suruh cari rawatan alternatif. kebetulan ada kenalan abah tu kan, yang bukak pusat rawatan homeopathy. alah pakcik nordin tu.." abang jaja mencelah perlahan


"ohh..." balas jaja pendek. sebenarnya jaja tak habis lagi terkezut. tahu tahu saja kak riza sakit tenat begini. 


"eja tolong abang jaga kak riza boleh? abang kena kerja dik.. 2 hari sekali abang balik johor semula" 


"emm...." mata jaja masih lagi berkaca. melihat sesusuk tubuh yang memang kelihatan sangat sengsara..kasihan dia..semoga cepat sembuh kak..doa hati kecil nie..


"abang tinggalkan anak-anak sekali ye ja.."


"okay.." menitik terus air dari mata jaja nie..laju. cepat jaja cari anak-anak buah yang comel dan bam bam. jaja peluk erat erat. kasihan mereka masih kecil... mamanya pula sakit tenat..


jaja pandang anak-anak buah jaja seorang seorang..kasihannya..jaja menangis lagi.. redup mata kakak 4tahun, angah 3tahun dan adik 1 setengah tahun paling jaja tak tahan nak tengok.. mata mereka seolah-seolah menyampaikan rasa hati yang walang.. 


sepanjang dua minggu jaja bercuti semester..jaja setia teman makan dan tidur kak riza. kak riza tak mahu pulang ke alor star..nak juga tinggal di johor..katanya suka tinggal di sini. suka mak jaga. dapat rawatan di kampung. mak yang jaga sepenuhnya. jaja cuma tolong tolong. emm.. menantu mak jaja semua memang sayangkan mak mertua dia nie..tak tahu kenapa..raya ke, hadiah ke,mak mertua dia nie biasanya menjadi keutamaan.. sampai sakit tenat begini pon mahu mak jaja yang jaga...


alhamdulillah..anak-anak buah walaupun masih kecil, mereka seperti faham.. cuma yang paling bongsu tu taknak lepas dari berdukung. asyik mintak di dukung..susah juga jaja nak handle adik yang baru 1 1/2 tahun tu dengan menguruskan kak riza yang terbaring lagi.. 


kak riza memang tak larat bergerak apatah lagi berjalan. bangun dari baringnya saja sudah sangat menyakitkan segala sendinya.. jadi segala makan pakai cibuknya kami yang uruskan..apa yang mampu dia buat cuma bercakap, menangis dan senyum yang kadang-kadang terbit dari bibirnya yang kecil. setiap kali bercakap mesti bersama airmata... mungkin dia bersa sangat sakit.. sangat takut..takut akan nasib ajalnya barangkali..sebab kak riza tahu umurnya memang tak panjang..doktor yang bagitahu.


kak riza tak pernah benarkan mak yang membasuh cibuknya.. tapi dia benarkan jaja yang cucikan.. katanya tak sanggup mak cuci kemaluan dia.. banyak kali kak riza cakap dia malu dan sangat terharu dengan mak dan jaja. sebab kami layan dia macam puteri raja pulak. sudi jaga mayat hidup macam dia. kami cuma senyum.. cakap yang baik-baik..yang memberinya harapan untuk terus berjuang demi sehela lagi nafas..mudah-mudahan senyuman kami dapat menguatkan hati kak riza..mudah mudahan layanan kami memberi sedikit suntikan semangat kepada kak riza untuk pulih! walaupun hakikatnya kami semua tahu, sooner or later sakit kak riza ni akan berakhir dengan kematian yang sangat pasti..


kak riza cakap..cancernya kini sudah merebak ke peparu.. sebab tu kak riza selalu sesak nafas. kak riza selalu menyalahkan diri sendiri.semuanya silap dia, lambat bertindak. sebab dia kasihankan abang jaja yang bekerja kuat, selalu outstation. dan kak riza yang sememangnya pendiam, langsung tak menceritakan kisah sakitnya. sengaja nak resolve seorang diri. semuanya berlaku sangat cepat. dalam beberapa bulan cancer sudah mencapai tahap ke empat.Allahu Akbar...kasihan dia..


katanya di awal serangan cancer, dia cuma mendapatkan rawatan dengan minyak kelapa dara. katanya malu nak ke hospital.. so kepada sesiapa yang rasa-rasa ada something goes wrong terhadap tubuh badan tu,,cepat-cepatlah ke hospital..dapatkan nasihat doktor, jangan berlengah!


jaja tak nafikan, memang penat melayan kerenah orang sakit..macam-macam juga halnya seperti buang tebiat. tambahan lagi melayan anak-anak buah,memang tak menang tangan. nasib baik bibik ada..boleh tolong uruskan budak-budak dan rumah. kecuali adik, taknak bibik buatkan susu pon.nak jaja juga yang buatkan susunya,hmmm...


satu petang, masa jaja tengah sikatkan rambut kak riza, dia tiba-tiba menangis. jaja tanya kenapa, katanya takut mati.. esak tangisnya perlahan.. tapi sendunya dalam. susah nak berhenti. tambahnya lagi, kasihan anak-anaknya yang 3 orang tu nanti dah takde mama.. 


pernah juga kak riza cakap "cukup kot akak bagi abang nazir anak dara 3 orang...." jaja terkedu, tak tahu nak respon apa. jaja cuma senyum.. pastu jaja tukar topik, cerita pasal melodi pulak. heee~


pernah juga suatu hari di awal pagi kak riza masih belum mahu tidur, jaja tanya kenapa tak tidur lagi.. kak riza kata takut tak bangun-bangun dah dari tidur nanti.. :'( dia asyik menangis..jaja ajak dia baca Quran, jaja ambilkan wudhuk, kami baca sama-sama al waqiah.. at last dia terlelap sendiri..


Selalu juga dia ceritakan yang dia mimpi jumpa arwah abah jaja.. kerap sangat jumpa abah dalam mimpi. lepas tu dia tanya jaja, kalau mimpi orang yang dah takde tu maksudnya apa.. nak ajak tinggal sekali ke?? sekali lagi jaja terkedu..jaja tak tahu nak jawab apa..


Hari last jaja di kampung sebelum balik ke KL esoknya untuk semester baru, jaja ada cuci berak kak riza.. saat jaja memberus sisa najisnya, jaja memberus dengan sebak. jaja dah tak bau lagi najis, tapi jaja sibuk melayan sedih di hati. jaja lihat najisnya sudah bertukar menjadi hitam.. jaja jadi takut.. menggeletar tangan nie. sebab mak pernah kata kalau najis dah hitam tu maksudnya ajal dah dekat sangat sangat... masa tu Tuhan je tahu apa yang jaja rasa.. jaja kesat airmata dengan baju di lengan.. ya Allah..jika benar sudah dekat masa kak riza untuk menjadi tetamuMU ya Allah..ambillah nyawanya ketika dia dalam keimanan..ambillah nyawanya jika itu yang lebih baik daripada dia terus menderita dengan sakitnya ya Allah.. 


jaja pulang dengan langkah yang berat...


naik semester je, jaja sibuk dengan aktiviti kelab di U. seminggu selepas tu, jaja kena conduct satu program di Gunung Nuang, Ulu Klang. sunyi kawasan takde bunyi kenderaan, bunyi bising cengkerik di hutan jaja dengar ianya mendamaikan..cuaca pulak sejuk memanjang.. angin di hutan memang dingin..hari itu, kumpulan kami kena mendaki Gunung Nuang, memang seronok cabaran kali ini. mendaki gunung separa condong. sampai luka-luka tapak tangan sebab memaut batang dan ranting pokok untuk memudahkan pendakian. sesekali digigit pacat seronok juga.heh. sampai di kawasan landai..terdengar sayup sayup deru air terjun. semakin dekat semakin kuat suara air menyembah batu. hah, jaja pasti itulah kawasan tempat kami berehat makan dan solat. jaja ambil masa duduk-duduk di batuan besar, memerhati sekeliling.. merakam sedetik dua indahnya alam..nafas jaja sedut dalam dalam..segar!


kawan-kawan buat hal sendiri..sedang leka memerhati belukar, telefon jaja berdering! ehh?? ada lah pulak line telefon atas gunung nie..hehehe..dasar hutan di Kuala Lumpur!  


jaja angkat call.. panggilan dari mak "ja..kak riza dah takde.."


"haa..bila.." terasa seperti ada batu menghempuk belakang..senak.


"baru kejap tadi ja.."


"emm...innalillahi wainna ilaihi roji'un.." mata bertakung lagi dengan air masin tu..


ahhh ternyata, Allah benar-benar mahu menamatkan deritanya! dalam sebak jaja sampaikan al fatihah..lama jaja baca tak habis-habis. jaja tak tertahan, jaja menangis kuat kuat..kawan-kawan datang kebingungan..pelik jaja meraung tiba-tiba.. in fact, jaja terbayang riak wajah kak riza masa jaja bersalam sebelum pulang ke KL minggu lepas..kak riza mintak maaf..banyak menyusahkan jaja.. kak riza peluk bahu kanan jaja..terasa dagunya yang runcing terletak di bahu.. dia menangis teresak-esak, masa tu jaja memang ikut sama menangis.. tersa hangat airmata dia. kak riza mintak jaja terus doakan..jaja kata, ya..jaja sentiasa doakan..akak sabar ye..nanti dah baik kita pegi holiday satu family.. 


tapi..Allah lebih sayangkan kak riza..dia pergi dalam masa 3 bulan menderita, menanggung cancer..


sekarang jaja dah sebak sangat, pedih dada nie. so jaja post sampai sini dulu. ada banyak lagi nak cerita. nanti ada gambar jaja update. alfatihah buat ruh Nurul Riza Binti Mohd Radzi. sayang akak.riindu akak :-(


salam

Ranking: 5

{ 19 Comments... read them below or add one }

simanis said...

aduhai...
semoga arwah ditempatkan dikalangan kekasih Allah...


November 14, 2011 at 8:11 PM
tunz said...

mama pun terasa sebak ni..


November 14, 2011 at 8:30 PM
Wilayah Sepet Kuku said...

As salam..

Inalillahi..semoga arwah roh Kak.riza ditempatkan bersama org2 yang solehah..aamiin..


November 14, 2011 at 8:37 PM
Cikgu Jaja™ said...

@kak syima
ameenn.. kak riza sgt baik..semoga ditempatkan dalam kalangan org2 yg solehah...


November 14, 2011 at 11:03 PM
Cikgu Jaja™ said...

@mamatunz
yer mama.. sama2 doakan ruh akak jaja tu ye


November 14, 2011 at 11:04 PM
Cikgu Jaja™ said...

@sepet kuku
w'salam dik..ameen..i'Allah..


November 14, 2011 at 11:05 PM
msredcheesecake said...

Muga dia bersama dg org2 yang disayangi Allah.... Muga anak2 dia membesar jadi org beriman, insyaAllah...


November 14, 2011 at 11:22 PM
Muzaffar said...

Saya amat terkesan dengan cerita ini. Saya pernah menjaga arwah bapa yang juga pergi kerana kanser.


November 15, 2011 at 12:02 AM
ghost said...

kisah benar memang sangat meruntun hati..

aku hampir2 tak mau habiskan pembacaan aku.tapi sebab aku dah biasa membaca sampai akhir,aku lakukannya.

penceritaan kau sangat tepat dan hiba.


November 15, 2011 at 1:55 AM
Cikgu Jaja™ said...

@msredcheesecake:
insyaAllah.ameen.. thanks dear..sampai skg kalo tgk anak2 dia mmg kesian sgt2...membesar tanpa ibu..tp syukurlah ayah mereka sgt baik & bertanggungjawab..syukurr..syukurr... bukan senang nak jaga 3 org ank dara sorang2..


November 15, 2011 at 7:23 PM
Cikgu Jaja™ said...

@muzaffar
terima kasih cikgu muz.. sama2 terkesan..sedekahkan fatihah sama2 buat arwah..


November 15, 2011 at 7:25 PM
Cikgu Jaja™ said...

@ghost writer
phan..

aku hargainya phan..


November 15, 2011 at 7:25 PM
penglipur said...

ni cerita benor ke rekaan semata2 ni.
hapy blogging..
http://www.cinonexcoreyan.com/


November 15, 2011 at 10:05 PM
Cikgu Jaja™ said...

kalau awak baca betul2..awk akn rasa sendiri adakah kisah ini betul2 berlaku atau rekaan..

ohh sepatutnya jaja xpyh tempek banner simanis tu..br nampak real yer..


November 15, 2011 at 11:49 PM
wachak said...

assalam cik jaja

AlFatihah buat arwah.

Relakanlah pemergian arwah. itu yg terbaik dari dia manahan sakit. kuatkan semangat ya :D


November 16, 2011 at 1:42 AM
EmpayarUtama said...

Azam aku cuba lupakan kisah sedih masa silam lepas Hari raya baru nih mana tau...


November 16, 2011 at 2:01 AM
afzalsukasuki said...

berteman dengan seseorang yang sudah pasti akan ajalnya buatkan kita rasa takut..insaf seandainya kita berada di tempatnya :( al fatihah untuk arwah akak ipar jaja :(


November 16, 2011 at 11:10 AM
Unknown said...

memang sedih..Moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. tahniah cz terpilih dlm segmen cik manis..:)


November 23, 2011 at 11:46 AM
tnZackJ said...

aku pulak yang melelehkan air mata...

semoga arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman..al fatihah


November 24, 2011 at 3:28 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO