Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

on Thursday, November 17, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..



Gerak jari seharian anda memberi sedikit teori serta gambaran tentang personaliti diri anda. Bagaimanakah untuk kenali personaliti dari gerak jari? Ikutilah tulisan berikut:

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? :)



info:fesbuk


pssstt..masa tengah syok2 baca entry nie di fesbuk, baru perasan yang aku sedang memintal hujung rambut. sambil dengar lagu di penghujung cinta-pasha. layannn..hekhek


***************

aku suka musik..selalu aku mencari musik.sajer..tertekan lah kunun..maklumlah bertimbun pula kerja di akhir2 persekolahan..  

ah.lusa sudah bercuti panjang...aku pasti rindu waktu2 tu nanti.rindu kesibukan begini :)






tadi handle majlis anugerah cemerlang di sekolah. okaylah..meriah..ramai parents datang sebab nak terima saguhati rm100 untuk anak-anak..heh. lebaaarrr sengeh ye pacek..macek...hehe.. kalau sekepala rm100, 4 kepala= rm400, 5 kepala=rm500.. wow~ sakan..lepas ni kalau ada lagi kes aku belikan stokin untuk budak2...aku ketuk pintu rumah masing2.. (kes murid2 di kampung pedalaman..mmg biasa berlaku. ada saja yang tak kena..tak pakai stokin la..baju tak bergosok la..yang pakai seluar kaler kelabu pon ada..hmm..macam mana ekk kesedaran mak ayah begitu.. sabar je lah..)



Ranking: 5

{ 7 Comments... read them below or add one }

syahirooAhmad said...

halamak~~ benda ni mmg ada pada saya..

- memetahkan jari jemari dan
- memintal rambut..

walaa..... betul...


November 17, 2011 at 6:53 PM
Cik Azizah said...

jijah pon suka pintal rambut. nak2 sebelum tidoo..memang berangan pon..muahaha ^^


November 17, 2011 at 8:24 PM
teratak hati said...

byk jgak yg brkaitan tu..:)


November 17, 2011 at 9:27 PM
wachak said...

1. Bermain dengan tangannya
2. Menggosok 2 telapak tangan

Baru semalam jumpa kawan lama masa sekolah dkat pasar malam. Tengah2 dok borak tu baru tersedar tengah melakukan dua perkara diatas ... he33


November 17, 2011 at 9:41 PM
Khairil said...

selalunya dari lirikan mata kita boleh menafsir apa yang kat dalam hati...

pasai yg budak2 sekolah tu , mungkin kesedaran dari ibubapa tiada sebab tu depa pakai apa yang boleh tangkap muat saja...


November 17, 2011 at 10:57 PM
afzalsukasuki said...

afzal suka patah2kan jari,picit idong dan memutar cincin :)


November 18, 2011 at 9:04 AM
ghost writer said...

ada dua perkara aku selalu buat:

memicit hidung dan mematahkan jari-jari.

antara keduanya,aku selalu hilang punca.


November 19, 2011 at 4:13 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO