Arab Saudi sekat wanita dedah mata memukau

on Sunday, November 20, 2011


بسم الله الرحمن الرحيم

salam and hye everyone..


WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka  dan seluruh tubuh ketika keluar 
di khalayak ramai.
WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka dan seluruh tubuh ketika keluar di khalayak ramai.
Peraturan baru bagi elak pergaduhan

JEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru.
Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau.
Cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. - Laporan laman web berita Bikya Masr
Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.

Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.

Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat. 

Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. 
Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan. 

Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi. 

Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul. 
Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar. 

Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki. 

Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur. 

Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. – Agensi 


info:berita harian


pssstttt... kasihan wanita..cantik salah, huduh pun salah.. ini masalah 'sikap'...kalau sudah sikapnya suka menagih nafsu, tengok perempuan berbalut kain kapan pun dia bersyahwat juga...beginilah, sama-sama lelaki mahupun wanita handle 'sikap' masing-masing sebaik mungkin.. yang wanita sampai bila pun akan menghadapi masalah selagi 'sikap' lelaki di sana terus begitu.. sampai sanggup bertikam tikam..menggelegak sungguh darah yang mengalir ditubuh ya... yang lelaki tu aku rasa kena bijak mencari penawar badan supaya sejuk selalu..hehe.. aku faham..bahang sahara yang membuatkan ammarah beserta syahwat mereka turut meluap-luap.. 


Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

afzalsukasuki said...

mak aih kira mata pun jadi aurat la yek kat arab saudi?sepatutnya saman je lelaki2 yang pandang sehingga menimbulkan syahwat tu..sian wanita


November 20, 2011 at 2:43 PM
Unknown said...

saya sokong dgn pendapat cikgu jaja...


November 22, 2011 at 11:45 PM
Cikgu Jaja™ said...

@afzal
yes..saman pon boleh. tp kn zal, kalau saman berjuta pon, perangai lelaki tu ttp sama asyik bersyahwat uncontrolable..payah laaa....


November 28, 2011 at 6:55 AM
Cikgu Jaja™ said...

@khairil
terima kasih abam~ terharuuu


November 28, 2011 at 6:55 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO