Kasih sayang tanpa sempadan waktu

on Wednesday, June 2, 2010


"Dah bertahun kita berkahwin, tapi abang tak pernah bagi sayang walaupun sekuntum bunga. Abang pun tak pernah katakan sayang, apatah lagi nak sebut i love you. abang nie sebenarnya sayangkan sayang ke tak???" Luah fiezah sambil mencebikkan wajahnya kepada izwan.

"Bukan abang tak sayang...apalagi membenci. Sebenarnya dalam hati nie selalunya bertakhta nama sayang. selama nie abang menerima sayang seadanya. pernah ke abang melukakan hati sayang?" sOal izwan sambil duduk dan menyandarkan kepala di dinding.

"Memang la tak pernah..tapi sayang rasa kecil hati tau..sebab Orang lain hantar bunga berdOzen dozen bila sambut anniversary. hmm..belum lagi barang kemas yang sayang teringin nak pakai."

Izwan terasa malas nak melayan kerenah isterinya. bukannya setahun dua mereka sudah bersama., bahkan lebih sepuluh tahun. baginya, empat Orang anak penyeri rumahtangga menjadi bukti cintanya kepada fiezah. dia juga kagum akan sifat keibuan milik isterinya itu.

Mengenang kembali bibit pertemuan antara mereka di sekOlah, fiezah mempunyai raut wajah yang cantik, matanya bulat, kulitnya cerah,pandai pula mengambil hati. Ramai pelajar lelaki di sekOlah memuja fiezah, hingga kehadiran fiezah ke sekOlah di nanti nanti. tetapi akhirnya, fiezah menjadi milik izwan setelah dia berusaha mendekati fiezah dan menjanjikan kasih sayang yang abadi, telus ikhlas, tetapi ditaburi pula dengan cinta material, diberinya kepada cinta hati hadiah yang mahal mahal. Izwan sanggup berhabis ribuan ringgit demi menjaga hati wanita kesayangannya.

Terbit juga rasa menyesal di hati apabila mengenang kesilapan dia memetik bunga dulu. kini, kehendak isterinya tidak dapat di tunaikan.

"Sayang, abang bOleh tunaikan semua permintaan sayang, tapi sayang kena izinkan abang untuk kerja lebih masa. Overtime. abang pergi seawal pagi yang mungkin, dan pulang lewat malam untuk cari wang lebih"

"Bukan ke gaji abang sudah cukup besar. Belanja anak anak pun bukannya guna wang banyak sangat"

"Abang perlukan wang sebagai simpanan masa depan kita sekeluarga. abang taknak kita senang dulu, susah kemudian"

Fiezah terdiam mendengar kata kata suaminya. Permintaanya menagih bukti cinta berbentuk material seperti terbang melayang hilang ntah ke mana. jauh di sudut hatinya berkata:

"Mengapalah aku tidak bersyukur.. selama nie Allah SWT pinjamkan aku seOrang lelaki yang sangat baik bergelar suami.."

"Kenapa diam sayang..merajuk lah tu" usik izwan sambil mencuit hidung isterinya.

"Tak lah..sayang cuma tersedar sebenarnya kash sayang abang memang tiada sempadan waktu.. kalau tak, mana mungkin sayang akan hidup bahagia walaupun dah lama kita berkahwin.." renungan dan senyuman fiezah mengamit rasa belas yang tak terhingga dari suaminya, lantas fiezah di peluk erat..

"Terima kasih sayang.."

************************
abes..

sweet tak cerita nie..heheh.. wish tO have that too..(with silly grin.hihi.gatal..!). 
well, cinta sebenar actually bersandarkan cintakan Ilahi. Cinta itulah yang mampu mendOrong mata dan hati menerima pasangan kita seadanya..
anda setuju??


 faezahannah 


Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

gooseberries said...

yup..amat2 bersetuju. suka cte nie =))


June 2, 2010 at 1:01 PM
faezahannah^^ said...

ainee cumi:

heheh..sweet kan..yum yum!

gooseberries:

tq~


June 2, 2010 at 1:24 PM
Shuk said...

bahagianya mereka dlm cerita nih..nice story :)


June 2, 2010 at 5:18 PM
faezahannah^^ said...

syuk:

binalah bahagia sebagaimana mereka yg berada didalam cite nie..


June 2, 2010 at 5:51 PM
qellissa said...

sgt sweet citer tu....suka ngan karakter husband n wife itu..=)


June 4, 2010 at 8:32 AM
faezahannah^^ said...

qellissa:

saya juga! ~^_^~ aduhai lelaki..berpeluangkah sy utk memperOleh lelaki seperti ini..atau yg lebih baik lagi.. heheh


June 4, 2010 at 8:16 PM
Adeeb Comei said...

Suka..suka..suka..sweet amat...amat bgus d jadikan cntoh ke arah kebahagiaan alam rumah tangga.. X gitu JaJa..:-*luv ya..


August 28, 2011 at 4:30 AM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
lb1f.lilypie.com/TikiBlogger.php/eHUP
 
© Corat.Coret.Cikgu™ | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO